TSUNAMI MENJENGAH LAGI ...

Istilah tsunami kali pertama menjengah kita pada penghujung 2004, ketika itu gempa berskala 9.0 Skala Richter melanda negeri Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor. Angka kematian yang dianggarkan ialah 68 orang. Sungguhpun, mereka yang terlibat bencana tsunami di negara kita adalah dari golongan nelayan yang melibatkan hampir 4000 orang, namun bencana ini telah meninggalkan kesan yang amat mendalam, siapa yang boleh lupa sebak YA Bhg. Tun Abdullah Ahmad Badawi yang ketika itu menjadi Perdana Menteri apabila membuat kunjungan ke Kota Kuala Muda.

Saya sekeluarga yang mengunjungi Kota Kuala Muda selepas hampir sebulan bencana berlalu, seperti tidak percaya dan tidak dapat menahan air mata.

Walaupun semua mangsa bencana tsunami telah mendapat perhatian yang sewajarnya, sehingga ada penempatan dan rumah yang didirikan oleh Kerajaan bagi menggantikan rumah yang rosak teruk, tetapi saya percaya trauma tsunami pasti akan sentiasa diingati lebih-lebih lagi setiap kali bencana tsunami melanda di mana sahaja.

Antara negara-negara yang terlibat teruk dalam bencana tsunami Lautan Hindi pada 2004 ialah Indonesia, Sri Lanka, Thailand, India dan Kepulauan Maldives. Jumlah kematian ketika itu ialah lebih 230,000 orang dan kehilangan tempat tinggal dianggar lebih 1.7 juta orang.

Semalam, 27 Feb 2010, tsunami kembali lagi, kali ini melanda bahagian selatan dan tengah Chile, ketika entri ini ditulis maklumat di google menunjukkan lebih 300 kematian. Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii, mengeluarkan amaran untuk kebanyakan negara kepulauan di Asia Pasifik. Moga tsunami akan sentiasa mengingatkan kita semua tentang satu lagi kebesaran kuasa Allah SWT.


Share this article :
 

+ komen + 4 komen

ustazah
28 Februari 2010 8:38 PTG

Salam tuan, doa moga negara kita terselamat dari bencana ini..Amin.,

usin
28 Februari 2010 8:51 PTG

teringat tsunami tahun 2004..sedih

farid
1 Mac 2010 1:04 PTG

salam tuan, t kasih kerana mengingat tentang tsunami..saya dh menonton tsunami hande..

sis
1 Mac 2010 5:10 PTG

semua kejadian alam samada baik dan buruk adalah peringatan drNya..terpulang pd kita utk mentafsirkannya dlm kehidupan...

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger