AJAK-AJAK AYAM @ JEMPUTAN ALA PUTERI …

Sebenarnya saya tidak mahu mengulas mengenai gambar kain rentang jemputan di atas. Ini kerana dalam akhbar-akhbar hari ini dilaporkan bagaimana Ketua Pergerakan Puteri UMNO dilaporkan kesal dengan kenyataan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan yang membuat kritikan terbuka mengenai sayap Puteri dan Pemuda UMNO.
Tetapi kisah kain rentang yang menguar-uarkan mengenai jamuan sempena Aidil Fitri yang ditemui di kawasan Pandan Cahaya ini mempunyai kisahnya sendiri. Merujuk kepada kain rentang ini, majlis ini bakal berlangsung pada 8 Oktober 2010, dari jam 8 hingga 12 tengah malam. Tiada yang cacat dalam pemilihan kata-kata pada kain rentang ini. Tetapi kain rentang ini hanya dipasang pada jam 5.45 petang pada hari majlis berlangsung! Selebihnya meminjam kata si Nabil Raja Lawak – lu pikirlah sendiri!
(Nota Kaki: Pelanggan sebuah restoran yang berdekatan dengan lokasi di mana kain rentang ini dipasang menjerit 'Bodoh' sewaktu kain ini dipasang sebagai manifestasi kemarahan mereka pada majlis yang sepatutnya diuar-uarkan sewajarnya, mungkin hos majlis ini pula punya alasan tersendiri!)
Ulasan