GALAS, MENGGALAS, DIGALAS & TERGALAS …


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hanya akan bermesyuarat pada 6 Oktober ini bagi menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi DUN Galas. Kerusi DUN Galas itu kosong berikutan kematian penyandangnya, Chek Hashim Sulaiman, 26 September lalu kerana barah usus.

Namun begitu bahang Pilihanraya Kecil ini telah pun mula dirasakan. Bermula dengan perlantikan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Pengarah Pilihanraya melalui panggilan telefon oleh Timbalan Perdana Menteri yang khabarnya belumpun dipersetujui oleh Tengku Razaleigh.

Keistimewaan Tengku Razaleigh selaku Pengarah Pilihanraya pada kali ini agak lebih ‘berkuasa’ dengan Pengarah Pilihanraya sebelum ini kerana dibekalkan ‘kuasa’ untuk memilih calon bagi pilihanraya kecil ini. Dalam situasi yang lazimnya sebelum ini, Pengarah Pilihanraya yang acapkali disandang oleh Timbalan Perdana Menteri tidak pula dibekalkan ‘kuasa’ bagi menentukan calonnya kerana calon biasanya dipilih oleh Perdana Menteri. Mungkin pilihanraya kecil DUN Galas mampu melakar sejarahnya sendiri apabila Pengarah Pilihanraya berkuasa memilih calon bagi pilihanraya kecil ini.

Sebagai veteran pilihanraya umum, Tengku Razaleigh yang telah menyertai 9 daripada 12 Pilihanraya Umum di negara ini adalah tokoh berwibawa dan sentiasa tegas dalam pandangan mahupun pendiriannya. Apabila Tengku Razaleigh memilih untuk mengetuai kaukus berhubung royalti minyak bagi negeri Kelantan atas platform PAS, maka kita boleh melihat bagaimana tokoh ini sebenarnya lebih terbuka menjuarai hak tanpa mengira platform walaupun pada ketika itu, ada suara-suara dari pihak-pihak yang kurang senang dengan penglibatan seorang Ahli Parlimen Barisan Nasional dan UMNO dalam platform anjuran PAS.

Semalam pula, PAS mengumumkan Ahli Parlimen Pengkalan Chepa, Datuk Ab. Halim Ab. Rahman sebagai Pengarah Pilihanraya bagi DUN Galas. Walaupun PAS dilaporkan kurang senang dengan perlantikan Tengku Razaleigh selaku Pengarah Pilihanraya tetapi kesungguhan kedua-dua parti sama ada UMNO mahupun PAS memulakan perang ‘saraf’ menampakkan bagaimana kerusi yang disandang oleh calon PAS sebelum ini tidak kurang pentingnya bagi mereka.

Walauapapun kini beban untuk memilih calon yang berwibawa bagi mewakili suara rakyat kini tergalas di bahu lebih 10 ribu pengundi di DUN Galas. Moga mereka dapat memilih calon yang tepat. Selamat menggalas amanah baru ini, ADUN Galas, walau siapa atau dari parti mana pun anda!

Ulasan

anep berkata…
PRK lagi..
wanman68 berkata…
kepada penduduk DUN GALAS selamat mengGALAS tanggungjawab sebagai rakyat malaysia.
siti berkata…
banyaknya GALAS .....
SIS berkata…
yg penting amanah yg digalas....
Tanpa Nama berkata…
yang penting jujur apabila diberi tnaggungjwb....sesuailah DUN GALAS....'MENGGALAS'.......

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?