PENA SUDAH, GAPENA ...?


Sekurang-kurangnya sehingga 2012, Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA) akan diterajui oleh orang muda, pada pemilihan semalam Mohamad Saleeh Rahamad terpilih sebagai Presiden, Ketua Satu PPJ pula terpilih menjadi Timbalannya. Bendahari PENA pula dimenangi oleh Rahimdin Zahari, Setiausaha Agung dan Penolong Setiausaha Agung pula masing-masing bakal diterajui oleh SM Zakir dan Shamsuddin Othman.

Dr Mohd Hanafi Ibrahim, Muhammad Lutfi Ishak, Arif Mohamed dan Raja Rajeswari Seetha Raman pula terpilih menganggotai Ahli Jawatankuasa PENA di samping pengarang veteran yang diwakili Dr Ahmad Razali Yusuf dan Dr Ibrahim Ghafar.

Diharapkan pemilihan golongan ‘muda’ akan benar-benar membawa PENA kepada pembangunan dan pembinaan penulis serta menjawab cabaran bahasa, budaya dan agama yang berlaku dalam negara serta memperkukuhkan jaringan dengan masyarakat sastera di luar negara khususnya yang menggunakan bahasa Melayu, malah berharap tidak akan timbul sebarang polarisasi berasaskan usia dan jantina dalam membangunkan PENA seperti yang diungkapkan oleh Presidennya seusai pemilihan semalam.

Walauapapun, tahniah kepada Presiden PENA dan seluruh kabinet barunya, moga PENA akan terus terang dan lancar dengan penggantian ‘mata’ dan pengisian ‘dakwat’!

Nota Kaki: Moga khidmat mantan Presiden akan terus dimanfaat.

Ulasan

promuda berkata…
syabas kpda kepimpinan baru PENA!
anep berkata…
salam tuan, PENA dan GAPENA memerlukan pemimpin baru!
SIS berkata…
semoga GAPENA terus kehadapan dgn 'pena-pena' barunya...brjuang dgn 'dakwat' yg baru...
SIS berkata…
tahniah kpd PENA dgn kepimpinan barunya

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

KEMELUT PERSATUAN SUKAN ...

MENGIMBAU BALING SELEPAS 38 TAHUN