SELAMAT TINGGAL INCHEON, SELAMAT DATANG JAKARTA!

Apa yang telah terjadi dengan kontinjen negara di Sukan Asia edisi ke-17 di Incheon, Korea.  Kontinjen negara seramai 277 orang diketuai oleh Chef De-Mission, Datuk Danyal Balagopal Abdullah.  Sukan Asia Incheon 2014 melabuhkan tirainya pada Sabtu lepas.

Malaysia meletakkan sasaran 8 pingat emas berbanding 9 yang dimenangi ketika edisi di Guongzhou pada tahun 2010.  Pada edisi tahun 2010 yang diadakan pada 12-29 November 2010, kutipan pingat Malaysia adalah 9 emas, 18 perak dan 14 gangsa.

Jika dilihat di atas kertas, kelihatannya kontinjen Malaysia gagal mencapai sasaran yang ditetapkan.  Namun lain pula tanggapan Chef De-Mission yang menganggapnya sebagai ‘tidak gagal’.

Kontinjen negara menduduki tangga ke-14 daripada 37 buah negara yang meraih pingat walaupun 45 buah negara yang bertanding dalam sukan terbesar peringkat Asia yang diadakan setiap empat tahun.

Malaysia mengakhiri saingan di Sukan Asia Incheon 2014 dengan kutipan 6 pingat emas 14 perak dan 14 gangsa. Walaupun begitu, sebuah pingat emas telah ditarik balik apabila atlet Wushu gagal ujian doping yang dikesan terdapat kehadiran bahan terlarang.

Mana silapnya atlet negara sehingga bukan sahaja gagal mencapai sasaran namun prestasi lebih teruk berbanding edisi sebelum ini.

Jika dibandingkan dengan edisi ke-16 di Guongzhou pada tahun 2010, kebanyakan emas yang dimenangi adalah daripada jenis sukan yang sama.  Emas dimenangi oleh sukan skuasy, pelayaran dan karate.  Pada edisi yang lepas sukan dimenangi oleh sukan boling, basikal, karate, skuasy dan wushu.  Malangnya kemenagan sukan wushu pada kali ini telah ditarik balik.

Memang tidak dapat dinafikan Sukan Asia yang disertai oleh 45 buah negara adalah begitu berprestij.  Bayangkan negara-negara jiran yang lain misalnya, Singapura, Indonesia, dan Thailand yang masing-masing memenangi 5, 4 dan 12 pingat emas. 

Selain daripada prestasi hambar, Sukan Asia Incheon juga meninggalkan kenangan pahit apabila emas pertama negara yang dimenengi atlet wushu ditarik balik.  Selain itu khabarnya, pasukan sepak takraw negara bertanding tanpa kehadiran pengurus mereka yang tidak muncul di Incheon.  Sepak takraw hanya menyumbang dua pingat gangsa berbanding dua pingat perak pada edisi sebelumnya.

Ironinya, Indonesia yang bakal menjadi tuan rumah pada edisi berikutnya pada tahun 2018 berada di kedudukan nombor 17 di belakang Malaysia yang berada pada tangga ke-14. Adakah Malaysia mampu menyaingi Indonesia pada 2018 adalah sesuatu yang menarik kerana sebagai tuan rumah tentulah mereka mempunyai keutamaan untuk memilih sukan-sukan yang dipertandingkan.

Keseluruhan pungutan pingat oleh kontinjen negara juga merosot teruk iaitu hanya 33 pingat berbanding 41 pingat pada edisi di Guongzhou 2010.

Adakah memang atlet negara masih belum berkemampuan untuk bersaing di peringkat Asia atau adakah kerana kita tidak bernasib baik.  Kemampuan atlet negara tidaklah begitu teruk kerana kita masih menyaingi negara-negara jiran seperti Singapura dan Indonesia. 

Mungkin kita tidak bernasib baik kerana masalah teknikal seperti yang dialami oleh pelumba basikal negara Azizulhasni Awang dan ratu wushu.  Malah sukan seperti boling dan menembak hanya tewas tipis kepada saingan masing-masing.

Walauapapun, sesuatu perlu dilakukan oleh atlet negara, persatuan sukan dan para pemimpin mereka kerana memang jelas prestasi atlet di sukan peringkat rantau dan antarabangsa masih belum boleh dibanggakan.

Dengan perbelanjaan besar yang diberikan kepada atlet, tentulah rakyat Malaysia mengharapkan prestasi para atlet meningkat dari satu pertandingan ke pertandingan yang berikutnya. 


Selamat tinggal Incheon, Selamat Datang Jakarta 2018!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
mengabihkan boreh..,.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?