TIBA-TIBA UMNO SELANGOR MAHU MENJADI WALI

Kita sering melihat yang kecil daripada yang besar.  Bagai kata pepatah gajah di depan mata tak nampak, kuman di seberang lautan nampak jelas.

‘UMNO Selangor kesal Shah Alam dicemari iklan pesta arak”.   Saya hampir saja terkedu apabila membaca perihal UMNO Selangor mempersoalkan keputusan Majlis Bandaraya Shah Alam kerana meluluskan pemasangan papan iklan pesta arak ‘Oktoberfest’.

Khabarnya Pengerusi UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menganggap pemasangan iklan pesta arak itu di beberapa lokasi sekitar daerah Shah Alam dilihat tidak bersesuaian dengan persekitaran setempat.

Saya bukanlah bersetuju dengan tindakan MBSA untuk membenarkan pemasangan papan iklan pesta arak di Shah Alam, pun tidak membantah usaha UMNO Selangor yang merasa kesal dan terkilan terhadap MBSA kerana meluluskan permohonan pemasangan papan iklan pesta arak ‘Oktoberfest’.  Tetapi yang lebih menggelikan hati adalah bagaimana sebuah kilang arak yang dibenarkan beroperasi tidak pula dibenarkan untuk mempromosi produk mereka.

Adakah UMNO Selangor sekadar retorik dalam usaha bantahan kekesalan dan rasa terkilan mereka.  Khabarnya, pesta arak 'Oktoberfest' yang bermula daripada 24 September yang lalu akan berakhir pada 12 Oktober nanti, namun kemuncaknya adalah pada 10 hingga 12 Oktober nanti yang bakal berlangsung di pusat membeli belah One Utama, Petaling Jaya.

Ironinya, seperti UMNO Selangor, PAS juga menentang pesta arak ini apabila anggota Parlimen PAS dari Temerloh menyeru semua pihak bangkit menentang pesta Octoberfest Carlsberg ini.  Katanya “cegahan harus dilakukan kerajaan pusat, kerajaan negeri, kerajaan tempatan dan pihak berkuasa agama di semua peringkat kerana bala Allah apabila turun akan mengenai semua pihak.  Bangkitlah sebelum terlewat”. Saya ingin menambah satu lagi, cegahan harus juga dilakukan oleh parti yang dikatakan memperjuangkan Islam.

Adakah mencegah promosi Oktoberfest lebih besar daripada menuntut supaya kilang arak ditutup di Malaysia? 

Saya tidak pasti adakah ahli Parlimen Shah Alam yang juga dari PAS berkongsi nada yang sama dengan rakan separtinya daripada Temerloh.  Begitu juga adakah UMNO secara keseluruhannya menyokong usaha UMNO Selangor membantah promosi pesta arak ‘Oktoberfest’, atau adakah ahli Parlimen PAS dari Temerloh dan UMNO Selangor hanya membantah promosi pesta arak ‘Oktoberfest’ yang agak terbuka, walaupun ianya diadakan di ruang yang tertutup.

Menariknya, promosi pesta arak Oktoberfest yang diadakan setiap kali bulan Oktober bukanlah satu acara yang baru, ianya telah diadakan sejak beberapa tahun yang lepas. Soalnya adakah ia tidak ditentang oleh UMNO negeri di mana ia diadakan pada tahun-tahun sebelumnya atau adakah Ahli Parlimen PAS tidak mempersoalkannya sebelum ini.

Oktoberfest yang diilhamkan daripada Munich Oktoberfest pertama kali diadakan di Malaysia bermula dari 21 September hingga 20 Oktober 2011 di lebih 25 pusat yang mengambil bahagian dan 18 pusat membeli belah di Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Johor.


Saya tidak mabuk arak, tetapi mabuk dengan usaha retorik ‘buatan’ para politikus yang perlu mendapatkan cermin baru untuk melihat diri mereka.  Tolonglah!
Share this article :
 

+ komen + 3 komen

Tanpa Nama
7 Oktober 2014 10:03 PG

amek ko..

7 Oktober 2014 2:58 PTG

UMNO Selangor dah terdesak..TMM dah sound apa UMNO Selangor tgh buat..dok diam je bila parti yg satu lg tgh bermsalah..langsung senyap n tak ambil kesempatan...so la ni br sibuk nak cr publisiti tp kena btg hidung sendri la plak...tu yg tiba2 nak jd wali...lawak2...

Tanpa Nama
12 Oktober 2014 12:13 PG

Blogger, tukar nama cina lah.. Tak kira siapa yang bantah, asalkan ianya suatu yang hak, kita mesti sokong. Yang jelasnya, semua ahli PKR sokong pesta arak ni. Takde orang islam ke dalam PKR ni?

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger