TERIMA KASIH PERDANA MENTERI!

TERIMA KASIH PERDANA MENTERI!

terima kasih perdana menteri
kerana mengurangkan subsidi minyak kami
ini mengajar kami berdikari
dan tidak mengharap ‘tongkat sakti’

terima kasih perdana menteri
kerana melakukan pasca PRK Pengkalan Kubor
jika tidak pasti tersungkur
majoriti dua ribu lebih pasti lebur.

terima kasih perdana menteri
kerana menggunakan bahasa yang mudah
bukan naik harga tapi rasionalisasi
mungkin pak mail di pendang atau
pak senik di kerdau berbelit lidah
untuk sebut apatah lagi faham
teori ekonomi dan subsidi.

terima kasih perdana menteri
kerana sambil kerja di pee bee bee
masih sempat menyakat kami.

terima kasih perdana menteri
kerana mengajar kami bersyukur.
khabarnya br1m bakal naik
tapi itu untuk menampung kos hidup
dan pengurangan subsidi.

terima kasih perdana menteri
kerana memberi kami
pelajaran percuma
yang pertama:
mengajar kami untuk licik
yang kedua:
tiada yang percuma
dalam dunia berbayar ini!

Terima kasih perdana menteri’
kerana memberi peluang
merasai rasionalisasi tanpa perisa!


Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ni mesti org kuatr piem..ni
SIS berkata…
bravo tn ks....best..pedas2..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

KEMELUT PERSATUAN SUKAN ...

MENGIMBAU BALING SELEPAS 38 TAHUN