KALAU YANG LAIN PUN AKAN SEPERTI KPJ, ANDA ADA MASALAH?

Kecoh mengenai pelakon Rozita Che Wan yang bakal melahirkan anak, dan lebih kecoh apabila rangkaian hospital terbesar di negara kita, Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) dikhabarkan bakal menaja kos bersalin pelakon tersebut.

Ironinya, kumpulan NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Johor mempertikaikan keputusan Hospital Ampang Puteri untuk menaja kos bersalin kepada pelakon tersebut.

Saya tidak nampak apa masalahnya, sebuah kumpulan rangkaian hospital yang cukup gah menaja seorang artis yang juga seorang ibu.  Ini bukanlah soal artis tersebut mampu atau tidak.  Ini bukanlah soalnya terdapat lebih ramai lagi golongan yang lebih memerlukan.

Nampaknya, SAMM dengan suara anak muda gagal memahami aspek niaga yang cuba dipelopori oleh KPJ.  Bukannya bermakna dengan menaja Che Ta, KPJ telah mengabaikan golongan yang lebih memerlukan.  Sebagai sebuah syarikat korporat apatah lagi dimiliki oleh sebuah kerajaan negeri, tentulah KPJ sentiasa melaksanakan tanggungjawab korporatnya.

Lagipun daripada aspek perniagaan, KPJ sebenarnya tidak memerlukan untuk mengeluarkan sebarang bentuk tajaan dalam bentuk wang nyata (real money), ianya hanyalah perkhidmatan sedia ada yang dijalankan oleh mereka. 

Dengan menaja selebriti seperti Che Ta, yang mempunyai ribuan peminat, bukankah ini akan memberikan pulangan tidak langsung untuk menambahkan potensi peminatnya menggunakan khidmat di KPJ.

Jika dilihat daripada sudut kesihatan pula, Che Ta sebagai wanita yang telah melepasi umur zon selamat untuk melahirkan anak sebenarnya adalah lebih berisiko kepada KPJ, namun sebagai sebuah entiti yang menawarkan khidmat kesihatan dan perubatan, langkah KPJ menaja Che Ta dilihat sebagai satu cabaran kepada KPJ untuk menambah profil kejayaannya.

Sepatutnya mereka-mereka yang mempertikaikan langkah KPJ untuk menaja Che Ta, sepatutnya melihat daripada semua sudut sebelum meminta KPJ untuk menimbang semula tajaan mereka atau meminta Che Ta menolak tajaan tersebut dengan alasan ‘ia lebih mulia’.

Bukankah dengan mengiklan, sesebuah entiti perniagaan akan meningkatkan hasil dan pulangannya, saya percaya KPJ sebenarnya lebih bijak.  Dengan tidak perlu mengeluarkan barang sesen pun duit secara nyata, ia telah berjaya membina potensi perniagaan yang lebih besar di masa hadapan.

Kepada SAMM atau mana-mana pihak yang mempertikaikan tindakan tajaan oleh KPJ sepatutnya lebih peka menegur agensi-agensi kerajaan yang menggunakan duit rakyat untuk mengiklan ucapan terima kasih dan tahniah kepada para Menteri yang menjalankan tugasnya merasmikan sesuatu, bukanlah menyibuk kepada urusan entiti perniagaan dan swasta yang sibuk menaja untuk meningkatkan jualan mereka. 

Dengan meluaskan perniagaan mereka, dengan mengiklan dan melakukan pemasaran, KPJ bakal menyumbang lebih banyak cukai dan zakat, malah juga akan melebarkan sayap dana tanggungjawab sosialnya. 

SAMM Johor dan rakan-rakan sekutunya bolehlah mengulangkaji naskhah Kotler sebelum mengeluarkan saranan kepada tajaan oleh KPJ kepada Che Ta atau siapa sahaja atas nama pemasaran!


Jika siapa pun seperti KPJ, mereka akan menaja Che Ta, anda ada masalah?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
blahla..
SIS berkata…
pinjam kata2 ni"ada aku kisah!"..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?