APA RAHSIA ANDA, STEVE?

Dua tahun lepas pada tarikh ini, pengasas syarikat yang paling berpengaruh di dunia Apple meninggal dunia pada usia 56 tahun kerana barah.  Steve Jobs akan sentiasa dikenang sebagai seorang teknorat dan usahawan yang cukup berjaya.  Malah pekerjaan mendiang Steve Jobs dicatat sebagai seorang ‘usahawan’ dalam sijil kematiannya.

Kisah mengenai Apple sebagai sebuah syarikat tidak banyak yang diketahui umum kerana etika kerahsiaan yang tinggi diamalkan oleh mereka.  Apatah lagi apabila menghasil sesuatu peranti yang baru.

Dalam buku Inside Apple: How America’s Most Admired and Secretive Company Really Works, yang ditulis oleh Adam Lashinsky, bagaimana Apple mencapai kejayaannya cuba dirungkai.   Lashinsky adalah Editor majalah Fortune yang cukup invistigatif.

Sungguhpun diakui diakhir bukunya, bahawa penghasilan buku tersebut tidak mendapat kerjasama sewajarnya daripada Apple sendiri, namun kisah kejayaan Apple banyak digarap daripada bekas kakitangan Apple yang meninggalkan syarikat tersebut serta pembekal dan rakan projek mereka.

Steve Jobs yang mengasaskan Apple terpaksa melepaskan untuk dikendalikan oleh orang lain sebelum kembali semula menerajui syarikat tersebut dalam tahun 1997.  Buku ini menyelusuri pembabitan Steve Jobs sebagai peneraju Apple dari tahun 1997 sehingga dia melepaskan jawatannya beberapa minggu sebelum menghembuskan nafas terakhirnya.

Kejayaan Apple sentiasa diingati di bawah kendalian Steve Jobs.  Apa tidaknya, di ambang kebankrapan, Steve Jobs menjadi Ketua Pegawai Eksekutifnya dan berjaya mengembalikan kegemilangan Apple pada tahun 1998.

Sejak kembali ke Apple, ia terus menghasil produk-produk ikon yang menjadi ingatan para penggemar gadjet.  Siapa yang boleh melupakan iMac, iPod, iTunes, iPhone dan iPad di samping pelbagai khidmat nilai tambah seperti Pusat Peruncitan Apple, Stor iTune dan Apps Store.

Steve Jobs memulakan fasa kedua kehadirannya di Apple dengan memperkenalkan iMac diikuti dengan iPod, iPhone dan iPad.

Namun operasi dan pengendali Apple sentiasa menjadi kerahsiaan bukan sahaja kepada pesaing, pembekal malah kepada kakitangan mereka sendiri.  Rahsia kejayaan Apple yang diselongkar oleh Adam Lashinsky lewat buku ini adalah bagaimana Apple di bawah kendalian Steve Jobs sangat mengutamakan rekabentuk yang estetik. 

Anehnya di Apple, aspek pulangan tidak pernah menjadi keutamaan malah kaedah penetapan harga juga adalah sangat teliti.  Mantra di Apple adalah ‘ciptalah apa yang anda suka dan pulangannya akan datang dengan sendirinya’.

Buku Inside Apple: How America’s Most Admired and Secretive Company Really Works, menyingkap belakang tabir operasi Apple penuh kerahsiaan dan disiplin kerja yang tinggi.

Adam Lashinsky menggariskan 10 pelajaran yang boleh dikutip daripada sebuah organisasi seperti Apple dalam bukunya.

Rekabentuk, kerahsiaan, dan menghargai kepakaran kakitanganya adalah antara yang menjadi intipati kejayaan Apple.  Selepas dua tahun Steve Jobs meninggal, masih banyak rahsia bagaimana Apple menjadi sebuah syarikat yang begitu berjaya belum terungkai.


Apa rahsia anda, Steve?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
usahawa patut contohi sj dan apple..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?