DOPING, APA LAGI YANG TINGGAL?

Bayangkan seorang atlet negara dengan penuh semangat membawa misi negara.  Berhempas pulas untuk membuktikan prestasi bagi memastikan diri terpilih demi kecintaan terhadap sukan yang diceburi.

Lazimnya atlet di Malaysia bernaung di bawah persatuan yang mewakili sukan yang mereka ceburi.  Persatuan-persatuan sukan ini pula dikendalikan secara professional, sistematik dan terarah.  

Malah latihan dan pemakanan serta regim latihan yang sistematik ini pula mendapat sokongan daripada badan-badan lain misalnya Majlis Sukan Negara (MSN), Institut Sukan Negara (ISN)  dan pelbagai agensi lain yang beusaha memastikan atlet-atlet negara mampu memberikan persembahan terbaik dan mengharumkan nama negara.

Atlet muda penuh bersemangat seperti Tai Cheau Xuen yang memenagi pingat emas pertama negara dalam Sukan Asia edisi ke-17 kini telah sah ditarik balik pingat emasnya.  Ujian air kencing dikesan mengandungi bahan terlarang Sibutramine.

Anehnya, tentulah senarai bahan-bahan terlarang sentiasa diketahui dan dikemaskini dari masa ke semasa oleh pihak berkenaan.  Adakah para atlet kita diberikan maklumat jelas mengenai apa yang boleh diambil dan yang patut dielakkan.

Dalam kes atlet sukan wushu negara, khabarnya kehadiran bahan terlarang tersebut adalah daripada bahan yang diambil atlet muda ini bagi mengekang berat badannya.

Atlet seperti Tai Cheau Xuen tentulah mempunyai pengetahuan yang jelas mengenai bahan-bahan yang dilarang namun dia tentulah tidak sedar mengenai kehadiran ubat pelangsing yang diambil dan dibeli secara terbuka mengandungi bahan larangan seperti Sibutramine.

Bukankah menjadi tanggungjawab jurulatih, persatuan dan pihak-pihak yang terbabit dalam pembangunan atlet negara bertanggungjawab secara langsung dalam memastikan bahawa atlet negara terhindar daripada pengambilan bahan-bahan terlarang bukan sahaja dalam gelanggang, ketika menyertai sesuatu pertandingan malah apa yang diambil di luar gelanggang.

Ironinya, seorang lagi atlet dari Kemboja gagal dalam ujian doping dengan kehadiran bahan terlarang yang sama seperti atlet negara.  Adakah pihak-pihak seperti Institut Sukan Negara, Majlis Sukan Negara dan persatuan wushu akan berusaha menjejaki bahan yang diambil oleh Tai Cheau Xuen, di mana ianya diperolehi atau dibeli supaya ianya boleh diambil tindakan sewajarnya terhadap penjual dan pengedarnya.

Tentulah tidak adil dan menyedihkan apabila seorang atlet muda yang berpotensi terjebak dengan kegagalan dalam ujian doping kerana bahan yang diambilnya secara tidak sedar.

Harapannya biaralah kes atlet muda Tai Cheau Xuen menjadi atlet terakhir negara yang gagal ujian doping dalam sebuah acara sukan.

Adakah pihak MSN, ISN dan persatuan-persatuan sukan perlu melaksanakan ujian doping sebelum seseorang atlet terpilih untuk disenarai pendek dalam latihan pusat menjelang sukan-sukan bertaraf antarabangsa khususnya yang melibatkan acara di luar negara.

Mungkin juga pihak-pihak terbabit harus memikirkan mekanisme membentuk kesedaran di kalangan atlet negara untuk sentiasa merujuk kepada pakar perubatan terhadap sebarang bahan-bahan ubatan yang digunakan mereka hatta ianya hanya vitamin dan makanan tambahan.

Kepada Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin ini tentulah tamparan kepada usaha Malaysia melahirkan atlet bertaraf dunia.  Tiada gunanya menyalahkan pihak penganjur atau mencari kesalahan teknikal, ujian doping boleh dilakukan semula oleh pihak kita sendiri dalam negara jika benar-benar yakin jika kita merasakan teraniya.


Yang lebih baik adalah mendidik atlet negara tentang implikasi doping terhadap diri mereka dan imej negara di mata dunia.

Ulasan

SIS berkata…
sedih dgn berita ni...bolehkah dianggap sbg kesalahan teknikal??

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?