JANGAN SERONOK RAKAN BERBALAH!

Seorang kenalan saya, seorang penyokong tegar BN sejak azali, bukan sahaja dirinya malah seluruh keluarganya kini berubah nada.  Kenalan saya yang sentiasa mempertahankan BN selama ini tidak lagi memperlihatkan sikap yang sama.  Dia sudah lebih berani mengkritik BN dan juga Perdana Menteri dalam kumpulan rakan-rakan media sosialnya.  Seperti yang diungkapkan oleh seorang rakan baiknya, ‘iman BN’nya semakin terhakis!

Semalam dilaporkan pula bahawa Perdana Menteri menyatakan tiga faktor untuk mamastikan kemenangan BN dalam Pilihanraya Umum ke-14 nanti.  Tiga faktor tersebut adalah calon yang tepat, jentera yang kuat, dan Barisan Nasional yang padu.  Perdana Menteri menggunakan contoh kejayaan BN di Pengkalan Kubor bagi menguatkan hujah politiknya.

Amat malang seorang Presiden parti menggunakan sebuah pilihanraya kecil sebagai satu ukuran.  Umum tahu bahawa pilihanraya kecil bukanlah ukuran yang tepat untuk membuat kesimpulan.  Pertama kerusi tersebut adalah milik BN selama beberapa PRU, kedua pilihanraya kecil yang menumpukan satu kerusi seperti Pengkalan Kubor akan mengundang semua pemimpin BN untuk turun membantu kejayaannya.  Jadi adalah sesuatu yang tidak masuk akal menggunakan sebuah pilihanraya kecil untuk menentukan faktor kejayaan.

Memanglah tiga faktor yang dinyatakan Perdana Menteri membantu kejayaan BN dalam pilihanraya kecil Pengkalan Kubor, tetapi dapatkah tiga faktor ini juga menjamin kejayaan BN dalam PRU 14?

JIka BN cepat berpuas hati dengan kemenangan dalam pilihanraya kecil seperti Teluk Intan dan Pengkalan Kubor, rasanya itu adalah kesilapan besar yang memungkinkan keyakinanan rakyat terhadap BN semakin berkurangan dalam pilihanraya umum.

Adakah Perdana Menteri merasakan rakyat umum ‘redha’ dengan pengurangan subsidi bahan api yang lakukan beberapa kali ini.

Adakah Perdana Menteri merasakan rakyat umum boleh menerima alasan-alasan bebal para Menterinya yang "mengatakan tidak ada seorang Perdana Menteri di dunia yang mengurangkan harga minyak, kecuali di negara kita" di mana pernyataan tersebut sebenarnya merujuk kepada minyak gred tinggi yang tidak digunakan oleh rakyat kebanyakan.

Adakah Perdana Menteri merasakan rakyat benar-benar tidak protes dan bersyukur apabila Menteri menyarankan “jangan protes, bersyukurlah”.

Saya bersetuju BN mungkin boleh merasakan mereka lebih yakin memerintah negara kerana rekod ‘cemerlang’ sebelum ini.  Namun itu ketika media sosial dan penetrasi internet di negara kita pada tahap yang rendah.  Itu ketika rakyat sekadar terima apa sahaja yang disogokkan oleh Kerajaan.  Zaman sudah berubah, zaman kerajaan ‘serba tahu’ sudah lama berlalu.

Zaman ini adalah zaman maklumat di hujung jari.  Sogokan tentulah akan terus diterima oleh rakyat namun tanggapan bahawa rakyat redha dan bersetuju dengan apa sahaja dilakukan oleh Kerajaan atau tanggapan kerajaan tahu apa yang lebih baik untuk rakyat patutlah dinilai semula.

Perdana Menteri juga mungkin beranggapan bahawa pembangkang tidak mungkin begitu kuat kerana terus berbalah sesama mereka.  Perbalahan dalam kalangan pembangkang boleh dilihat sebagai bonus kepada BN namun ianya tidak selalu menguntungkan BN, jangan lupa pembangkang adalah jauh lebih licik daripada BN.

Pembangkang juga boleh mengwujudkan situasi ‘make believe’ bagi mengabui BN.  Jika BN merasakan pembangkang lemah kerana berbalah dan bertindak mengambil langkah-langkah ‘bijak’ seperti ‘rasionalisasi’ subsidi ketika rakyat tahu harga bahan bakar dunia menurun mungkin tiga faktor yang digariskan tidak boleh digunapakai.

Adakah BN merasakan bahawa rakyat bosan dengan perbalahan oleh pembangkang, betul namun yang lebih mengecewakan penyokong BN seperti anda dan saya di luar sana adalah apabila kerajaan memilih untuk menaikkan harga minyak atas nama rasionalisi dan penstrukturan subsidi!


Moralnya, jangan seronok kerana rakan kita berbalah. Janganlah nanti penyokong BN berubah menjadi sekadar ‘simpatis’ BN semata-mata.
Share this article :
 

+ komen + 2 komen

Tanpa Nama
12 Oktober 2014 11:23 PG

panas dan pedas, sokong dan setuju...

Tanpa Nama
12 Oktober 2014 10:45 PTG

klau mnyak asyik naik harga, 333 faktor pun x leh bgi bn menang..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger