KARYA AGUNG
Karya Agung ialah karya yang berjaya meninggalkan kesan seni, budaya dan pemikiran luar biasa dalam tamadun atau tradisi sesuatu bangsa. Karya ini dianggap warisan bangsa dalam erti kata bahawa ia mewakili ‘minda’ dan pengalaman bersama bangsa itu sepanjang zaman sebagaimana yang dipancarkan dalam sistem kepercayaan, falsafah hidup, tradisi ilmu, adat, bahasa, seni, dan pekerti budaya dan sosial yang membentuk citra identiti ketamadunan bangsa itu.
Sejak penubuhannya, Yayasan Karyawan telah berjaya menerbitkan 15 judul Karya Agung dan 1 judul Buku Pengenalan Karya Agung. Penerbitan Karya Agung dilaksanakan secara teliti dan melalui penyelidikan oleh para sarjana yang berwibawa dan pakar dalam bidang pengkhususan masing-masing. Justeru itu, tidak dapat dinafikan, penekanan terhadap aspek kualiti dalam dalam menghasilkan Karya Agung meninggalkan impak yang mendalam dalam karya tersebut.
Ulasan