PERSIDANGAN ANTARABANGSA AGAMA DALAM MENCARI KEADILAN DAN KEAMANAN SEJAGAT

(Dr. Chandra Muzaffar)

Dari 24 Julai hingga 26 Julai 2008, saya berkesempatan menghadiri PERSIDANGAN ANTARABANGSA AGAMA DALAM MENCARI KEADILAN DAN KEAMANAN SEJAGAT. Persidangan 3 hari anjuran Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPris) & Universiti Sains Malaysia (USM) menghimpunkan pembentang dari dalam dan luar negara dengan 5 kertas kerja dan sesi bengkel yang begitu merangsang percambahan minda.

"Sebagai pengkaji saya membaca al-Quran dan menelitinya walaupun saya bukan Islam. Saya dapati asas ajaran al-Quran mengenai keharmonian, kebebasaan dan keazaman tidak berbeza dengan agama lain. Sebab itu saya tidak menolak ajaran Islam sebagai cara hidup saya" - Prof. N. Radhakrishnan (India).

Itu ungkapan seorang sarjana dari India dan beragama Hindu yang meneliti Al-Quran dalam misi mencari ilmu, amatlah memalukan jika kita yang beragama Islam tidak mengambil inisiatif untuk mendalami Al-Quran, sekurang-kurangnya itulah yang dirasakan oleh diri saya!

Dalam kecamuk dunia hari ini menuntut keamanan sejagat dan toleransi agama yang lebih ampuh, persidangan ini tentulah amat bermakna dan kena pada tempatnya. Persidangan telah dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri. Syabas kepada penganjur, CenPRIS dan USM!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Moga dunia kita akan sentiasa aman. Amin.
Tanpa Nama berkata…
Yea, saya dgr berita kat tv ari 2..syabas kpd tuan kerana dpt hadir..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU