APABILA PEMIMPIN TIDAK SENSITIF!

Inikah kereta Mercedes E200 Kompressor - Harga Tanpa Cukai RM245,000.00?



(Komen Senyum Kambing dalam Mingguan Malaysia - 20/07/2008)

‘‘Setelah dibuat kajian, kerajaan negeri mendapati untuk tujuan jangka panjang, penggunaan kereta baru ini adalah lebih baik menggantikan Perdana V6 Executive yang digunakan sejak lebih empat tahun lepas.” - Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong.


Mana pergi slogan 'Belilah Barangan Tempatan!? atau 'KEPIMPINAN MELALUI TELADAN, itulah yang terlintas di benak saya apabila membaca berita di Mingguan Malaysia hari ini di bawah kepala: EXCO TERENGGANU DAPAT MERCEDES GANTI PERDANA V6.


Terkedu sejenak, merujuk pada komen SUK Negeri Terengganu, Datuk Mokhtar Nong menjustifikasi alasan penggantian kereta tempatan Proton Perdana V6 kepada Mercedes E200 Kompressor untuk semua ahli Exco Negeri Terengganu.

Ketika rakyat disaran untuk belanja berhemah (teringat sajak arwah SN Datuk Usman Awang - Apabila Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul!) dan merintih kos hidup meningkat, Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan MB Datuk Ahmad Said mengambil keputusan membelanjakan RM3.43 juta untuk membeli 14 buah Mercedes E200 Kompresor. "‘Setelah dibuat kajian, kerajaan negeri mendapati untuk tujuan jangka panjang, penggunaan kereta baru ini adalah lebih baik menggantikan Perdana V6 Executive yang digunakan sejak lebih empat tahun lepas."

Datuk Mokhtar menambah lagi: "pembelian itu ialah atas tujuan keselamatan dan penjimatan jangka panjang terutama dari segi penyelenggaraan.


Apakah keputusan Kerajaan Persekutuan menyediakan Proton Perdana V6 kepada semua Menteri-menteri Kabinet, dianggap tidak bijak untuk jangka panjang, di samping membelakangkan aspek keselamatan, malah YAB Perdana Menteri sendiri menggunakan kereta Proton Perdana V6.


Sepatutnya kerajaan negeri mengambil iktibar daripada situasi semasa dengan peningkatan kos hidup dan menangguhkan pembelian malah penggantian kereta rasmi Exc0-exconya. Apapun alasan yang diberikan, matlamat tidak mampu menghalalkan cara! Satu lagi budaya: CAKAP TAK SERUPA BIKIN!
Share this article :
 

+ komen + 7 komen

anak ketam
20 Julai 2008 7:38 PTG

Syabas atas komen sosial sdr. Saya percaya rata-rata rakyat Malaysia akan membantah pembelian ini. Hidup anak ketam!

sultana mamat
20 Julai 2008 7:40 PTG

Mungkin sebahagian cara membelanjakan atau merayakan penerimaan royalti minyak kot!

khairul besut
20 Julai 2008 7:42 PTG

Teringat kata MB Terengganu nak menyamar untuk menyiast kepincangan dalam kerajaan, tapi dah jadi pincang,mungkin Perdana V6 2 utk meyamar kot..hahaha

jun
20 Julai 2008 8:57 PTG

Maruah seorang pemimpin pd tindakannya..

ButaHuruf
21 Julai 2008 3:07 PTG

Tak mustahil bila penggal kerajaan ini berakhir, langkah lain yang boleh jadi dianggap 'lebih berjimat' akan diambil. Tak sempat berlama juga ketahanan kereta ini yer!?

Tanpa Nama
22 Julai 2008 7:34 PG

Itulah hipoikrasi pemimpin. Hari ini kita akan lihat di dalam dada akhbar mereka bersama rakyat, makan bersama, gotong royong bersama. esok menggunakan rakyat untuk kesenangan masing-masing. ada pemimpin memperlihatkan seolah-olah mereka dari golongan ulama, esok mereka mengadakan konsert di rumah untuk menghiburkan hati.

itulah hipokrasi pemimpin ita

23 Julai 2008 10:03 PTG

Singapura dapat kawasan perairan lagi (nak claim kawasan lebih besar)...
betul...
si bangang rais yatim patut naik gunung lepas tu terjun..
Apa ke jadah win-win situation

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger