APABILA PEMIMPIN TIDAK SENSITIF!
(Komen Senyum Kambing dalam Mingguan Malaysia - 20/07/2008)
‘‘Setelah dibuat kajian, kerajaan negeri mendapati untuk tujuan jangka panjang, penggunaan kereta baru ini adalah lebih baik menggantikan Perdana V6 Executive yang digunakan sejak lebih empat tahun lepas.” - Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong.
Mana pergi slogan 'Belilah Barangan Tempatan!? atau 'KEPIMPINAN MELALUI TELADAN, itulah yang terlintas di benak saya apabila membaca berita di Mingguan Malaysia hari ini di bawah kepala: EXCO TERENGGANU DAPAT MERCEDES GANTI PERDANA V6.
Terkedu sejenak, merujuk pada komen SUK Negeri Terengganu, Datuk Mokhtar Nong menjustifikasi alasan penggantian kereta tempatan Proton Perdana V6 kepada Mercedes E200 Kompressor untuk semua ahli Exco Negeri Terengganu.
Ketika rakyat disaran untuk belanja berhemah (teringat sajak arwah SN Datuk Usman Awang - Apabila Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Betul!) dan merintih kos hidup meningkat, Kerajaan Negeri Terengganu pimpinan MB Datuk Ahmad Said mengambil keputusan membelanjakan RM3.43 juta untuk membeli 14 buah Mercedes E200 Kompresor. "‘Setelah dibuat kajian, kerajaan negeri mendapati untuk tujuan jangka panjang, penggunaan kereta baru ini adalah lebih baik menggantikan Perdana V6 Executive yang digunakan sejak lebih empat tahun lepas."
Datuk Mokhtar menambah lagi: "pembelian itu ialah atas tujuan keselamatan dan penjimatan jangka panjang terutama dari segi penyelenggaraan.
Apakah keputusan Kerajaan Persekutuan menyediakan Proton Perdana V6 kepada semua Menteri-menteri Kabinet, dianggap tidak bijak untuk jangka panjang, di samping membelakangkan aspek keselamatan, malah YAB Perdana Menteri sendiri menggunakan kereta Proton Perdana V6.
Sepatutnya kerajaan negeri mengambil iktibar daripada situasi semasa dengan peningkatan kos hidup dan menangguhkan pembelian malah penggantian kereta rasmi Exc0-exconya. Apapun alasan yang diberikan, matlamat tidak mampu menghalalkan cara! Satu lagi budaya: CAKAP TAK SERUPA BIKIN!
Ulasan
itulah hipokrasi pemimpin ita
betul...
si bangang rais yatim patut naik gunung lepas tu terjun..
Apa ke jadah win-win situation