HANYA DALAM PROGRAM RUPANYA …

(Keprihatinan Timbalan Perdana Menteri dan para pemimpin
perlu promosi tetapi bukan sehingga perlu mengiklan!)

Hari ini seperti selalu saya membaca akhbar Utusan Malaysia walaupun terdapat usaha untuk memboikot akhbar ini di kalangan parti-parti pembangkang. Tetapi pada hemat saya usaha memboikot adalah satu usaha yang keperempuanan, yakni tidak cukup jantan dan tidak cukup matang.

Ketika membelek akhbar Utusan Malaysia pada pagi ini, saya terpukau dengan muka tengah akhbar tersebut, apa tidaknya dua muka penuh ialah ucapan terima kasih dengan dikelilingi gambar-gambar Timbalan Perdana Menteri sempena Program Turun Padang Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dengan firasat dan hemat saya yang begitu terhad, saya beranggapan ini tentulah iklan ucapan terima kasih kepada YAB Timbalan Perdana Menteri kerana sudi turun padang di Kuala Lumpur.

Sebagai akhbar yang memerlukan iklan untuk kelangsungan hidupnya, iklan dua muka penuh ini tentulah memberikan imbuhan yang bukan sedikit. Namun jika melihat dari sisi yang lain pula, mengiklankan atau mempromosikan aktiviti para pemimpin di dada akhbar selain daripada berita mereka juga tidak salah tetapi membayar ruang iklan di akhbar untuk tatapan para pembaca (baca: pengundi) adalah satu yang menggusarkan saya. Apa tidaknya, iklan dua muka penuh berwarna dalam sebuah akhbar seperti Utusan Malaysia bukanlah murah, apatah lagi sekadar mengucapkan terima kasih kerana para pemimpin melakukan tugas hakiki mereka – mendengar dan menghayati denyut nadi rakyat!

Walaupun hak mengiklan atau mempromosi ini ialah hak UMNO dan Barisan Nasional, malah mungkin tidak pun menjejaskan langsung kantung saya dan anda, namun sebagai rakyat saya merasa amat bimbang dengan trend mengiklan secara berlebihan yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional Wilayah Persekutuan sempena Program Turun Padang ini. Bukankah trend pengiklanan murah (yang sebenarnya mahal dari segi kos) semacam ini akan merendahkan martabat para pemimpin kita, apa perlunya mengiklan aktiviti para pemimpin yang melaksanakan tugas hakiki mereka. Bukankah semangat 1Malaysia meletakkan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan! Jika inilah sebenarnya maka gagasan 1Malaysia sepatutnya berbunyi “1Malaysia – Pemimpin DiDahulukan, Promosi diUtamakan”

Ungkapan terakhir di dalam iklan dua muka penuh di dada akhbar Utusan Malaysia yang menarik perhatian saya ialah: “Kami warga kota menghargai kunjungan dan perhatian YAB Tan Sri dalam program ini”. Meminjam kata Raja Lawak Nabil - Lu pikirlah sendiri!

Share this article :
 

+ komen + 4 komen

arip
7 Jun 2011 2:51 PTG

Pandangan yg kritis

9 Jun 2011 4:49 PG

Sdr Naseer,

Kita ingin menarik perhatian kepada pandangan sdr berhubung usaha Oposisi (jangan lupa termasuk juga khalayak) mahu memulau akhbar ini. Bagi sdr ini adalah usaha yang tidak cukup jantan.

Dalam konteks ini, kita tentu TIDAK boleh sama sekali membenarkan tindakan-tindakan seperti:

Memutarkan belitkan kenyataan@berbohong,
mereka-reka isu,
mengapi-apikan masyarakat,
memfitnah,
memilih-milih isu,
memundurkan masyarakat khususnya orang-orang Melayu,
menghina martabat kewartawanan yang bertanggungjawab.
(senarainya lebih panjang lagi)

Yang lebih mendukacitakan ialah akhbar ini seolah-olah bebas - sebebas-bebasnya berbuat semua itu. Tidak ada apa pun yang berlaku terhadapnya.

Tuan tentu percaya bahawa rakyat bukanlah buta terhadap segala kejadian di atas ini.

Oleh sebab itu, mohon janganlah digelapkan sisi yang sangat - dan teramat hodoh ini.

Wallahuaklam.

ain
9 Jun 2011 9:33 PTG

salam tuan, setuju dengan pandangan tuan barajiwa, namun selain dari pekrara2 yg dinyatakan jasa Utusan juga wajar direnung..HSKU umpamanya..mohon maaf..

14 Jun 2011 11:58 PG

manusia sering mencari yang negetif..krn negetif akan menghasilkan yang positif...pinjam kata2 si nabil..lu pikirlah sendiri..

Catat Ulasan
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. kaki sakat - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger