HATI SEORANG AYAH!

Noorfadilah dipeluk oleh ayah, Ahmad Abdul Hamid serta ibu, Masitah Abdullah sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, malam tadi.- Gambar SHAIFUDIN MOHD. NOR. Gambar di ambil dari www.utusan.com.my

Sewaktu kecil saya, sekitar umur 9 atau 10 tahun, saya selalu mempersendakan ayah saya kerana terus-terusan mengingati abang sulong saya walaupun telah berusia lebih 20an dan telah pun berkerja serta mampu pulak menghantar wang kepada ayah saya (walaupun tidak sangat diperlukan).

Selepas saya sendiri mempunyai anak, kisah sedekad yang lalu sentiasa menjadi ingatan kepada saya, ianya berlaku sekitar 1999/2000 sewaktu anak kedua saya berusia sekitar 3 atau 4 tahun usianya (dia kini telah menduduki UPSR September lalu), kisahnya ialah kehilangan anak saya itu ketika di pasar malam di Port Dickson, bayangkan saya dan isteri saya begitu panik dan peluh membasahi kami, selepas 15 minit mencari-cari, akhirnya terjumpanya dengan begitu tenang menunggu mamanya yang terlepas pegangan tangannya!

Membaca kisah anak gadis pasangan Ahmad Abdul Hamid dan Masitah Abdullah, Noor Fadilah Ahmad, saya sebak dan menitiskan air mata, setelah terpisah lebih 54 hari, saya dapat merasakan resah hati seorang ayah! Apalah beza Ahmad Abdul Hamid, ayah saya atau saya sendiri, biar berapa usia si anak itu, hati seorang ayah tetap saban waktu mengingatinya!

Saya bukanlah mahu bercerita tentang mengapa anak pasangan itu boleh meninggalkan si ibu dan ayahnya mengikuti seorang lelaki yang baru dikenali berbeza dengan ibu dan ayahnya yang melahir dan mendewasakannya, tapi hati seorang ayah, biar bagaimana pun diperlakukan oleh si anak, ayah tetap seorang ayah.

Saya pula, selepas anak sulong memasuki asrama, masih mengingatinya dalam setiap aktiviti khususnya ketika menjamah juadah, walaupun anak saya itu hanya tinggal di asrama yang lebih kurang 15 minit perjalanan dari rumah saya! Alah, hati seorang ayah!

Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO, yang diketuai oleh Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang mengusahakan kepulangan Noor Fadilah Ahmad harus mendapat pujian di atas usaha yang benar-benar meruntun hati seorang ayah. Saya bukanlah seorang yang selalu menyokong usaha PUTERA UMNO dengan usaha me'manusia'kan Mat Rempit, atau Misi Terjun Bebas Kutub Utara mahupun Misi Merentas Selat Melaka tempohari, tidak satupun (pandangan peribadi) yang memberi manfaat sebesar misi menyelamatkan dan membawa pulang Noor Fadilah Ahmad.

Saya percaya Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO, harus menumpukan usaha-usaha sedemikian kerana saya yakin ramai lagi rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan dan sokongan Sekretariat ini dalam pelbagai usaha meletakkan masalah sosial masyarakat dewasa ini di landasan yang lebih ampuh! Syabas Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO! Syabas Datuk Azeez dan PUTERA UMNO!
Tulisan ini merakamkan penghargaan khas kepada semua petugas Sekretariat dalam usaha menjejaki dan membawa pulang Noor Fadilah Ahmad dengan selamat.

p/s: SMS saya pada Datuk Azeez yang dihantar pada 30 Jun 2008 sejurus perlantikannya mengetuai Sekretariat Pembelaan Masyarakat Pemuda UMNO - Aslmkum Datuk, tahniah krana terpilih mengetuai SEKRETARIAT PEMBELAAN MASYARAKAT, moga akan ada HASSAN IBRAHIM, LEE LAM THYE dan MICHAEL CHONG dalam UMNO..InsyaAllah..

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Bro..gua betul2 frust ngan lu la..apa barangla lu citer pasal UMNO..isy..isy..
Tanpa Nama berkata…
Tahniah kerana highlight citer kejayaan ini..anyway Hassan Ibrahim sapa la bro..boleh citer pasal dia tak ..nanti..
Tanpa Nama berkata…
wa bace part atas dh sedap dah...tibe2 msk citer psl Putera UMNO wa dh rase nk muntah pn ade...potong stim wa je la bro biler lu mskkn citer psl Putera UMNO....
Rahimin Idris berkata…
gua pun sayang arwah ayah gua. tapi sayang, sepanjang hidup gua bila dah dewasa, tak pernah gua ucapkan kata sayang kat ayah gua.

tapi gua rasa gua berjaya buat arwah ayah gua gembira bila gua tak pernah hisap dadah seumur hidup gua!

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?