HARI GURU SEDUNIA - 5 OKTOBER

Maaf kerana sibuk menyambut Aidil Fitri dan tiada kesempatan untuk berblog. Semalam 5 Oktober setiap tahun Hari Guru Sedunia diraikan sejak 1997, selepas diisytiharkan pada tahun 1994.

Gaji yang rendah, bilik darjah yang sesak, ketidaktentuan pekerjaan, kekurangan latihan, inilah antara sungutan dan rungutan para pendidik seluruh dunia (walaupun di Malaysia, masalah sebegitu tidak begitu mendesak) dan pada setiap 5 Oktober saban tahun, Hari Guru Sedunia diraikan sebagai penghargaan kepada profession keguruan di mana peranan mendidik genrasi muda dan tua terus menjadi peranan utama. Penekanan pada tahun ini ialah merangka polisi pendidik sebagai asas memastikan peluang pekerjaan yang mapan.

Kekurangan para guru masih menjadi masalah yang kritikal di seluruh dunia termasuk Malaysia,

Pertubuhan Saintifik dan Kebudayaan PBB (UNESCO) menjangka 18 juta guru masih diperlukan di seluruh dunia demi mencapai matlamat pendidikan rendah sejagat menjelang 2015.

Kepada semua guru di mana sahaja terutama Puan Rusina Othman (isteri) yang telah menjadi guru sejak 1993, Selamat Hari Guru Sedunia!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Tuan juga pernah menjadi pendidk kalau x silap saya...
Tanpa Nama berkata…
Kerjaya guru kerjaya mulia penuh cabaran..terima kasih atas ingatan terhadap guru..
Rahimin Idris berkata…
saya sayang guru2 saya walaupun pernah bagi penampar sampai berpusing saya. saya nakal. hihi

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?