SELEPAS SETAHUN ...


Pada 17 April yang lalu, genaplah usia setahun blog 'Kaki Sakat'. Dengan pengenalan sebagai medan perkongsian pengalaman samada pengalaman kehidupan, membaca, menonton, menghadiri aktiviti seni baik teater, puisi dan kesan terhadap buku-buku, filem-filem, teater dsb. Blog ini telah diusahakan semampu mungkin tanpa sebarang kontroversi samada dari segi posting mahupun daripada segi komen-komen yang dikongsi.

Saya teringat, idea untuk menghasilkan blog ini tercetus di pejabat seorang teman saya secara spontan dan beliaulah yang membantu saya menghasilkan blog ini. Inilah posting pertama saya berkongsi pengalaman menonton filem di International Screen?:

INTERNATIONAL SCREEN GSC YANG MEMUALKAN!
Assallamualaikum..ini cerita semalam, blog ini di 'create' kat ofis member sambil tunggu kawan...cerita semalam (16 April 2008), pergi tengok wayang kat GSC Mid Valley, nak jadik cerita kononnya International Screen, selalunya filem-filem di IS menayangkan filem-filem antarabangsa, tetapi semalam saya menonton filem Tamil buatan Malaysia 'Naana Neeya' filem slapstick murahan (maaf atas ketelanjuran) dan yang menariknya (kalau boleh dianggap rekod) saya menonton SEORANG DIRI (hanya seorang penonton sahaja) sampai ke akhir filem tersebut...dan rasanya nak saman aje GSC kerana kategori International Screen yang memualkan...

Dan selepas setahun doa saya semoga sentiasa disemarakkan ilham dan idea untuk terus berblog...Selamat Menikmati!

Ulasan

ustazah berkata…
Salam tuan, Happy Birthday sayang..semoga blog tuan akan terus dihayati dan dinikmati..
amir berkata…
pejam celik pejam celik dah setahun..terus hidup kaki sakat..
aliff berkata…
salam tuan, selamat setahun berblog..
ariff berkata…
salam tuan..selamat terus berblog..
WANMAN berkata…
salam bro, tahun ni pesta buku kita jadi pelawat jelah. semoga sukses.
TAHNIAH... terus berblog. Sayang kalau tidak menyekat, kerana kita juga sebagai mata dan telinga masyarakat.
SIS berkata…
salam tn ks..selamat ulang tahun pertama kepada blog kakisakat.. semoga blog ks panjang umurnya dan sentiasa memberi manfaat berguna kepada peminat2nya..dr hari pertama hingga lah ke thn ke-2 terdpt byk peningkatan..syabas dan teruskan menyakat...
Mama berkata…
salam tn ks..esok hari buku sedunia..tn ks ingat tak 23 April setiap tahun..
anti umno berkata…
salam tuan..selamat ulang tahun 1..selamat terus berblog..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?