SEMANIS 'CARAMEL'..
Siapa yang lebih mampu mengungkapkan kisah wanita jika bukan wanita sendiri. Itulah yang dilakukan oleh Nadine Labaki, pengarah muda kelahiran Lebanon. Caramel, tajuk asal Sukkar Banat yang ditulis ketika menyertai bengkel perfileman Residence du Festival de Cannes pada tahun 2004. Filem ini adalah buah tangan pertama pengarah berusia 35 tahun ini.
Caramel sebuah kisah yang biasa dilalui oleh wanita pelbagai peringkat dengan pelbagai masalah kewanitaannya: bercinta dengan suami orang, masalah ketiadaan dara menjelang hari perkahwinan, takut tua, jatuh hati dengan kaum sejenis, jatuh cinta di penghujung usia. Caramel kisah lima wanita dengan masalah mereka masing-masing.
Kisah ini berkisar dengan teman-teman yang bekerja di sebuah salon rambut dan jiran sekeliling mereka. Nadine Labaki memegang watak utama sebagai Layal yang sering menjadi tumpuan lelaki namun telah jatuh hati dengan seorang suami orang! Kisah dan emosi wanita-wanita ini disimpul dan dirungkai dengan begitu teliti dalam Caramel yang akhirnya menjadikan salon kecantikan tempat kerja mereka begitu berwarna-warni dengan rencah kehidupan watak-wataknya.
Caramel yang bersahaja ini memenangi pelbagai anugerah di festival filem, antaranya: Official Selection – London Film Festival dan di Cannes Film Festival. Kemanisan hidup harus dinikmati !

Ulasan