3 PILIHANRAYA KECIL - 2 BUKIT 1 BATANG..


Saya tidak peduli apa yang orang nak kata, soalnya bukan saya tidak sensitif dengan kehendak orang lain. Saya terdidik sebagai pemasar, yakni peka dengan kehendak pasaran. Tetapi hanya selepas kurang 100 jam, negara mendapat Perdana Menteri yang baru, adalah mustahil untuk Barisan Nasional memenangi Pilihanraya Kecil samada di Parlimen Bukit Gantang, atau di DUN, Bukit Selambau dan Batang Air.

Jangan salah tafsir, bukan saya tidak mahu kemenangan berpihak kepada Barisan Nasional, bukan saya mahu menafikan usaha keras Timbalan Presiden UMNO yang baru diberi mandat - Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilantik menjadi Pengarah Pilihanraya, bukan saya mengecilkan kebolehan dan usaha gigih 3 Naib Presiden yang menang bergaya dalam Pemilihan UMNO baru-baru ini, DS Dr. Zahid Hamidi yang diamanahkan Bukit Gantang, DS Hishamuddin Tun Hussein yang mengetuai Bukit Selambau dan DS Shafie Apdal di Batang Air, atau Sdr. Khairy Jamaluddin sebagai Ketua Pemuda UMNO pun, bukan, bukan semua itu pun.

Tetapi pada saya jika kemenangan atau kekalahan Barisan Nasional yang telah dijanjikan Allah SWT, biarlah bukan menjadi riak dan angkuh sebagai bukti PM yang baru atau Timbalan Presiden yang baru atau Naib Presiden yang baru atau Ketua Pemuda UMNO, biarlah dengan segala usaha dan keredhaan Allah SWT. Jikapun Barisan Nasional menang, mungkin akan menjadi bonus kepada semua mereka ini. Satu Malaysia. Rakyat Didahulukan. Pencapaian Diutamakan.

Biarlah jika pun pembangkang menang di ketiga-tiga PRK pun, sebab yang lebih utama adalah penilaian jangka panjang. Sebab pendapat saya secara peribadi, 3 PRK bukanlah penentu hala tuju politik Malaysia yang baru sahaja dicorakkan, masih punya banyak ruang untuk diperbaiki dan diperbetul. Punya banyak masa untuk diwarnakan. Biarlah pembangkang menang sorak, biarlah. Bukan kah dalam cerita Hindustan pun - hero kalah dulu!

Ulasan

ustazah berkata…
Salam tuan, saya suka dengan sifat pasrah tuan..apalah makna kejayaan jika mencambah riak dan keangkuhan..
amir berkata…
saya setuju dgn tuan..
alif berkata…
kemenangan di PRK bukan la penentu..saya setuju..
SIS berkata…
salam tn ks..kalah menang bukan penentu..walau kalah pun tunjukan kesungguhan untuk merubah kehidupan rakyat..setuju sgt dgn tuan..
Haji Kassim berkata…
salam tuan, saya kagum dgn sifat kritis dan pasrah tuan,kalau sikap tuan boleh dipraktikkan, Insyallah bangsa kita boleh berjaya dengan cemerlang..kekalahan di PRK bukan penentu hidup mati politik Malaysia..saya setuju sangat..teruskan pengamatan tuan..hero hindustan pun kalah dulu..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU