98617 & KUASA 5 MINIT...


Esok hari penentuan, 98,617 pengundi berdaftar di tiga Pilihanraya Kecil - 2 Bukit dan 1 Batang akan keluar mengundi. Itulah yang layak mengundi, tetapi yang bakal melaksanakan tanggungjawab tentulah jauh lebih rendah dari bilangan itu. Di Parlimen Bukit Gantang yang terdiri dari 3 kawasan DUN, 55,471 pengundi berdaftar akan menentukan calon pilihan mereka. 35,140 pengundi berdaftar pula di DUN Bukit Selambau akan menentukan calon pilihan mereka dari 15 calon yang menawarkan diri. Di Batang Air pula, 8,006 pengundi akan memilih calon terbaik untuk kesinambungan pembangunan politik mereka.

Menariknya selepas tamat tempoh berkempen selama 9 hari seperti yang ditentukan oleh SPR, para pengundi lazimnya menghabiskan masa kurang dari 5 minit untuk 'memangkah' calon pilihan mereka. Kuasa 5 minit memang tidak dapat disangkal, tetapi menariknya dengan kuasa 5 minit, calon yang terpilih atau yang tersalah pilih akan berkhidmat untuk sekurang-kurangnya 5 tahun! Dan kalau tersalah pilih dalam masa 5 minit, cuba bayangkan ketidakpuasan yang terpaksa ditanggung selama 5 tahun. Walau apa pun keputusan SPR melaksanakan 3 Pilihanraya Kecil serentak memang langkah yang tepat, sekurang-kurangnya debaran penantian sejak pengumuman tarikh penamaan calon dan tarikh pilihanraya esok, bakal berakhir paling lewat jam 11.00 malam esok. Ada siapa-siapa nak meramal ke? Selamat memilih calon yang tepat!

Ulasan

ustazah berkata…
salam tuan, rasanya 3 PRK ni menarik minat tuan sangat, adakah tuan terlibat sama dalam PRK ni..walauapa pun kuasa 5 minit memang mengkagumkan..
SIS berkata…
salam tn ks..saya teka bn menang batang je..2 bukit dpt kat pkr..
Kalau untuk 15 calon, mungkin ada pemilih terpaksa termenung lebih 10 minit. Tak boleh salahkan pengundi juga.
Mama berkata…
salam..napa ye hari kat atas setiap isu tn ks gunakan bahasa inggeris...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU