MITOS: PERPADUAN DICAPAI MELALUI SEKOLAH SATU ALIRAN!

Saya tidak pernah menolak usaha kerajaan mewujudkan perpaduan di antara kaum di Malaysia.  Malah sebagai rakyat negara ini, kisah masyarakat berbilang kaum, agama dan budaya memberikan kepelbagaian dan rencah kehidupan yang bukan sedikit.

Ketika zaman persekolahan saya, sama ada di peringkat rendah, menengah rendah dan menengah atas, perbezaan kaum dan agama memang tidak terasa.  Malah ejekan merujuk kepada bangsa sering dianggap gurauan yang meyeronokkan.

Itu ketika pelbagai sekolah oleh semua kaum, seperti Sekolah Jenis Kebangsaan China atau Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil menjadi identiti kaum masing-masing.   Saya sendiri meniti alam persekolahan rendah dan menengah rendah di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) dengan himpunan rakan-rakan pelbagai kaum.

Kisah rasis, di peringkat kami atau di peringkat ibu bapa tidak pernah timbul.  Seingat saya, Guru Besar dan para guru dari pelbagai kaum menjadi guru-guru kami.  Tidak ada prasangka terhadap mana-mana kaum ketika zaman persekolahan saya.

Ketika hujung tahun pula, kami pelajar-pelajar daripada kelas tertentu akan menganjurkan jamuan hujung tahun, pelbagai juadah sama ada yang dibawa dari rumah atau dibeli akan disediakan dan kami sama-sama akan merasa juadah hidangan yang dibawa oleh kaum lain juga. 

Selepas lebih lima dekad negara mencapai kemerdekaan, suara-suara sumbang yang mahukan supaya sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil ditiadakan.  Suara-suara sumbang ini memomokan bahawa sekolah-sekolah SJKC dan SJKT ini adalah hambatan kepada usaha kerajaan mewujudkan perpaduan dalam kalangan rakyatnya.

Pada masa ini, perjalanan sekolah SJKC dan SJKT sentiasa dicurigai.  Tidak pasti adakah kerana pencapaian pelajar di SJKC khususnya melepasi tahap yang lebih berbanding Sekolah-sekolah Kebangsaan (SK).  Tetapi jika dilihat sekolah-sekolah SJKC adalah lebih ke hadapan berbanding kedua-dua sekolah SJKT dan SK.

Hal ini amatlah mudah kerana masyarakat Cina memberikan perhatian yang lebih terhadap aspek pendidikan malah kaum Cina lebih ‘pemurah’ apabila pihak sekolah memerlukan dana untuk meningkatkan prasarana sekolah atau melaksanakan sebarang aktiviti.

Alumni pelajar-pelajar sekolah Cina lebih aktif menyalurkan bantuan kepada alma mater mereka.  Sekolah-sekolah Cina juga ditadbirurus bukan sahaja oleh pentadbir akademik, ianya juga disokong oleh Lembaga Pengelola yang lazimnya dianggotai oleh mereka daripada kalangan yang berpengaruh di dalam komuniti mereka.

Sekolah Kebangsaan dan SJKT pula agak sedikit ketinggalan daripada segi pencapaian mereka, walaupun terdapat usaha Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia yang memberikan penarafan dan autonomi kepada pentadbir sekolah-sekolah yang dinaikkan tarafnya.

Saranan pihak-pihak yang mahukan sekolah vernakular ditiadakan dengan alasan bahawa sekolah-sekolah jenis ini membantutkan usaha kerajaan menyemarakkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia adalah satu mitos.

Seperti mereka saya juga pada suatu masa percaya bahawa sekolah satu aliran mampu membentuk semangat perpaduan seperti yang dilakukan generasi seperti saya.  Namun jika dilihat realiti pada hari ini, impian untuk melihat perpaduan kaum diimarahkan dengan sekolah satu aliran akan hanya tinggal sebagai mitos dan kenangan lampau.

Seperti dialog Sazali dalam filem Anakku Sazali, “jikalau 10 tahun dahulu bapak melakukan sedemikian, barangkali Sazali boleh menjadi baik sekarang, tapi sekarang sudah terlambat, sudah terlambat pak”.

Usaha untuk menyeragamkan sekolah menjadi satu aliran sepatutnya telah lama dilakukan dan bukanlah selepas generasi sekarang lebih mempunyai pilihan untuk menyatakan pendirian mereka. 


Bayangkanlah jika terdapat ibu bapa Melayu pun menghantar anak-anak mereka menimba ilmu di sekolah Cina dan Tamil kerana prestasi sekolah tersebut, maka apa yang diharapkan ditiadakan sekolah jenis seperti ini.  Seperti kata pepatah Inggeris, if we can beat them, join them!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
x setuju
x setuju
x setuju
x setuju
x setuju
x setuju
x setuju
tapi
itulah realitinya!

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?