MASIHKAH BOLEH SPR DIPERCAYAI?


Selama 12 kali Pilihanraya Umum di negara ini, badan yang paling berkuasa adalah Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).  SPR dibentuk pada 4 September 1957, yang mana dalam Perkara 114 Perlembagaan Malaysia memberikan kuasa kepada SPR untuk menjalankan pilihanraya umum serta pilihanraya kecil jika terdapat kekosongan.
Dakwat kekal tidak kekal. Gambar ihsan: malaysiakini.com

Pilihanraya pertama di negara ini diadakan pada 27 Julai 1955, sejak itu Pilihanraya Umum telah memasuki edisi ke-13 pada tahun ini.  Ketika himpunan Bersih pertama kali pada tahun 2007 antara lain menuntut penggunaan dakwat kekal bagi mengelakkan penipuan dan kebarangkalian mengundi dua kali.

Sungguhpun SPR berjanji untuk penggunaan dakwat kekal pada tahun 2007, namun di saat akhir ianya tidak digunakan atas alasan tidak bersedia.  Pada PRU 13, dakwat kekal akan pertama kali digunakan.  Namun apa yang menjadi kemusykilan adalah warna dakwat serta dakwat kekal yang sebenarnya tidak kekal.

Walaupun dinafikan sekerasnya oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusoff, namun SPR yang didakwa sebagai komponen ke-14 BN, pelbagai media alternatif sejak semalam telah melaporkan pelbagai dakwaan yang menggambarkan bahawa dakwat kekal yang didakwa sebenarnya tidak kekal.

Dakwaan mengenai dakwat kekal ini adalah serius jika SPR dan kerajaan benar-benar mahu mengendalikan Pilihanraya Umum ke-13 ini dalam keadaan yang telus, dan benar-benar bersih.  Sudahlah daftar pemilih pun diragui daripada segi senarai pemilihnya, kini satu lagi dakwaan mengenai dakwat kekal akan terus memberikan keraguan kepada rakyat negara ini.

Pihak pemantau Pilihanraya seharusnya mendesak pihak-pihak terbabit membuat laporan polis dan memaksa SPR membuktikan bahawa dakwat kekal yang digunakan benar-benar kekal dalam tempoh yang dinyatakan mereka.  SPR mendakwa dakwat kekal mengandungi logam ‘sliver nitrate’ yang meresap ke dalam kulit dan akan kekal sekurang-kurangnya untuk tempoh seminggu.

SPR perlu berusaha meyakinkan pengundi dan orang ramai bahawa dakwat yang digunakan dalam PRU pada kali ini perlulah benar-benar seperti yang mereka dakwa, jika tidak integriti SPR sebagai sebuah badan yang bertanggungjawab mengenai urusan pilihanraya di negara ini akan dipersoalkan.

Imej SPR di mata para pengundi sebenarnya telah banyak dipersoalkan, dengan dakwaan mereka merupakan ‘komponen’ ke-14 BN.  Jika benar SPR gagal bertindak bebas, telus dan adil, seharusnya yang perlu dihukum adalah BN, maka para pengundi sepatutnya berani untuk mengubah persepsi mereka terhadap kepimpinan pemerintah di Malaysia sejak setengah abad yang lalu.  Ini kalilah!

(Nota Kaki: Khabarnya SPR akan mengadakan demo kepad media pada hari esok untuk membuktikan bahawa dakwat kekal mereka benar-benar kekal)

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
tapi kata spr dakwatnya tidak digoncang oleh petugasnya..hi hi hi..harap2 tidak menipu ..
anep berkata…
ada laporan polis gamaknya..apa jawab spr lak..
SIS berkata…
SPR susah nak dipercayai..sbb jawatan di SPR pun....kena berkhidmat utk kerajaan ..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU