WAKIL RAKYAT NAIK GAJI 300 PERATUS, RAKYAT 13 PERATUS!


Seronok rasanya menjadi Menteri di Sarawak, apa tidaknya mereka bakal mendapat kenaikan gaji sebanyak tiga kali ganda.  Yang lebih menyeronokkan adalah bahawa kenaikan ini  diterima  oleh para ADUN Sarawak apabila mereka meluluskan Rang Undang-Undang Anggota Pentadbiran dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Gaji, Pencen & Gratuiti).

Alasan yang diberikan adalah faktor geografi bahawa Sarawak adalah sangat besar dan tiada pernah ada kenaikan sejak tahun 1992. Kenaikan pada kali ini juga melibatkan gaji Speker, ADUN, Timbalan Spekaer, Setiausaha Politik, di samping Ketua Menteri, Menteri dan Timbalan mereka.

Gaji untuk Ketua Menteri akan naik kepada RM39,000 daripada RM13,000 sebelum ini.  Menteri kanan dan Speker pula akan menerima gaji sebanyak RM30,000 berbanding RM9,000 sebelum ini.  ADUN pula akan menerima kenaikan sehingga RM15,000 daripada RM4500 pada masa ini.  Setiausaha politik pula akan menerima RM9,000 berbanding RM3,000 yang mereka terima pada masa ini.

Apa yang lebih menyeronokkan mereka ialah mereka bakal menerima tunggakan sehingga 17 bulan.  Masing-masing akan menerima tunggakan di antara RM102,000 hingga RM442,000.  Rasanya selepas ini tentulah rakan-rakan mereka di negeri-negeri lain mula mengeluh dan membandingkan gaji masing-masing. 

Menariknya, Ketua Menteri Sarawak juga telah menaikkan gaji para Ketua Masyarakat menjelang Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu apabila Pakatan Rakyat menawarkan untuk menaikkan gaji Ketua Masyarakat seramai 5456 orang di seluruh Sarawak sekiranya memenangi PRU tersebut, namun janji ini dipintas oleh Ketua Menteri Sarawak yang sebelum ini saban kali merungut kekurangan bajet.

Gaji Ketua Masyarakat dinaikan daripada RM450 kepada RM800 dengan tunggakan bermula Januari 2013! 

Adakah usaha menaikkan gaji Ketua Masyarakat, para ADUN, Menteri dan Speaker satu strategi ‘jahat’ untuk membolehkan Ketua Menteri yang paling lama di Malaysia ini terus mengekalkan cengkaman kuasanya?  Mungkin ini adalah usaha ‘membeli jiwa’ dan menutup mulut untuk terus bergelar Ketua Menteri.

Adakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mampu memaksa Taib Mahmud mengotakan janjinya untuk melepaskan jawatan Ketua Menteri selepas berlangsungnya Pilihanraya Negeri pada 2011 yang lalu.

Mungkin ada kewajarannya, negeri terbesar di Malaysia menaikkan gaji para ADUN mereka namun apa yang lebih wajar ialah melihat sama kemelut rakyat khususnya di pedalaman yang serba ketinggalan daripada arus kemodenan malah mungkin juga berada di bawah paras kemiskinan.

Apakah kewajaran Kerajaan Sarawak menaikkan sehingga 300 peratus gaji para ADUN dan Menteri mereka apabila gaji kakitangan awam hanya ‘mengengsot’ pada kadar kurang 15%.  Mungkin inilah sebabnya negara memerlukan pembangkang yang efektif bagi mengelakkan penyalahgunaan kuasa sewenang-wenangnya di samping memastikan proses semak dan imbang yang lebih berkesan.

Kita tentu tidak lupa apabila pembangkang membantah kenaikan gaji Ahli Parlimen sehingga memaksa Kerajaan membatalkan untuk mengkaji kenaikan gaji dan elaun ahli Parlimen pada Oktober 2011.  Nampaknya lain pula di Sarawak apabila mereka memilih untuk diberikan kenaikan sehingga 300 peratus!  Selamat berpesta tanpa pembangkang!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
raya lepas pilihanraya..
SIS berkata…
km sarawak meting n buat keputusan utk kenaikan gaji sendiri...klau camtu kita pun boleh buat kenaikan gaji sendiri hingga 500%..hahaha..mmg dasar penyamun..patut kena tembak cam kat Lahad Datu tuh..cam kata P ramlee dlm crite 3 Abdul..penyamun dan penyangak patut sama2 kena jual!..pada hal duit yg nak byr gaji dema tu semua duit rakyat...mmg nak kena tembak si KM tuh...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU