HARI PENENTUAN!


Hari ini, 5 Mei 2013, adalah hari penentuan bagi rakyat Malaysia.  Rakyat Malaysia yang layak dan berusia 21 tahun ke atas akan menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi dalam Pilihanraya Umum ke-13.

Seramai 13,268,002 rakyat Malaysia akan mengundi pada PRU kali ini.  Daripada jumlah tersebut 272, 387 adalah merupakan pengundi awal yang telah menunaikan tanggungjawab mereka pada 30 April yang lalu.  Pengundi awal membabitkan anggota polis dan tentera serta pasangan mereka.  Selain itu, seramai 2,954 orang pula dikategorikan sebagai pengundi tidak hadir atau undian melalui pos.

Pilihanraya Umum kali yang ke-13 pada tahun ini juga merupakan yang paling sengit pernah dilalui oleh mana-mana parti mahupun pemimpin politik.  Kempen yang sangat agresif dan luar biasa  oleh BN sesuatu yang tidak pernah mereka lakukan sebelum ini.

Di atas kertas kelihatannya, BN akan sekali lagi cemerlang, lihat sahaja persekitaran anda, bendera, kain rentang, poster dan pelbagai bahan kempen BN di mana-mana, mungkin sebagai pemerintah, dana bukanlah sesuatu isu yang besar.  Malah calon seperti Zul Nordin yang diletakkan oleh BN di Shah Alam tentu terkejut dengan lambakan dan sokongan BN kepada kempen beliau berbanding ketika beliau bersama Pakatan Rakyat atau PAS.

Selepas 12 kali memenangi Pilihanraya Umum,  BN tentulah boleh berbangga dengan rekod pencapaian mereka.  Namun begitu, angin perubahan yang melanda Malaysia sejak akhir-akhir ini tiada siapa boleh menghalangnya kecuali dengan kuasa dan keizinan Allah SWT.

Walaupun ramai di antara kita yang seperti tidak mahu ‘berubah’ kononnya demi anak dan generasi akan datang, namun bukankah membiarkan kezaliman dan kerakusan BN akan lebih berdosa sebagai seorang Islam, yang waras akal fikirannya.

Begitu kita merancang, sama ada BN mahupun Pakatan Rakyat, namun Allah SWT adalah sebaik-baik perancang.  Doanya adalah supaya SPR sebagai badan yang diamanahkan untuk melaksanakan PRU di negara kita akan menunaikan amanah tersebut dengan sebaiknya, tanpa bersekongkol dengan mana-mana pihak untuk menjadikan pilihanraya umum ini telus dan bersih.

Jika SPR culas terhadap amanah ini, maka rakyat seluruhnya akan mendoakan supaya mereka yang bertanggungjawab akan menerima pembalasan dari Allah SWT sama ada ketika hidupnya mahupun sesudah mati.  InsyaAllah, bukankah doa orang yang dizalimi dan dianiyai akan dimakbulkan Allah SWT, itu janjiNYA, dan sesungguhnya Allah SWT tidak pernah mengingkari janjinya. 

Kepada 12,992,661 pengundi, buatlah pilihan sewarasnya kerana Allah, pilihlah dengan sebijaknya kerana Allah, sesungguhnya mengundilah kerana Allah yang mengizinkan segalanya.  Selamat mengundi!

Ulasan

anep berkata…
ini kalilah.ini kalilah.inikalilah.inikalilah.inikalilah.inikalilah..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU