FAM, CUKUPLAH SIAPA YANG ANDA CUBA BODOHKAN?

Pedulilah jika saya sudah lama tidak begitu akrab dengan liga bola sepak tempatan, walaupun entri di sini pernah beberapa kali menulis tentang kemelut dan nasib sukan bola sepak negara, namun tiada sangat perubahan dalam mutu apatah lagi kepimpinan yang tidak banyak terkesan daripada pelbagai rungutan dan sungutan peminat sukan bola sepak di negara kita.

Insiden di negeri Presiden FAM sendiri amat memalukan, yang lebih memalukan adalah keputusan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan yang begitu ghairah untuk menjatuhkan hukuman kepada kedua-dua pasukan, dan agihan tiket yang dianggap oleh banyak pihak sebagai berat sebelah.

Apa tidaknya, Pahang yang gagal menjadi tuan rumah yang baik, sekali lagi mendapat peluang menjadi tuan rumah apabila perlawanan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada esok hari.  Yang lebih menghairankan adalah tindakan FAM yang berkiblat kepada statut mereka yang jelas menampakkan ketidak adilan kepada pasukan lawannya.

Johor Darul Takzim yang menjadi pasukan pelawat ketika bertandang ke Kuantan tempohari sekali lagi diberikan peranan pelawat apabila mereka bertandang ke Bukit Jalil, sepatutnya dengan budi bicara dan semangat lelaki budiman, Pahang sepatutnya menolak untuk dianggap sebagai tuan rumah dalam perlawanan di Bukit Jalil.

Tidak cukup dengan itu, kerana kesalahan yang tidak mereka lakukan Johor Darul Takzim terhukum sebagai pasukan pelawat dan hanya diperuntukkan 20,000 tiket daripada 80,000 tiket yang disediakan untuk para penonton di Stadium Bukit Jalil.  Kanak-kanak yang masih bersekolah rendah sekalipun tahu mempertikaikan  ‘aspek keadilan’ yang dipraktikan oleh FAM!

Walaupun Persatuan Bolasepak Negeri  Pahang didenda RM100,000 dan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pula didenda RM20,000 namun jumlah itu bukanlah merupakan satu ‘kudis’ kerana PBNJ yang mendapat status pasukan tuan rumah  bakal meraih habuan yang lebih dengan ‘kebebalan’ dan berkiblatkan statut FAM yang lapuk.

Presiden PBNJ, Tengku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin  masing-masing  telah mempertikaikan tindakan FAM yang dianggap tidak adil dalam agihan tiket bagi perlawanan akhir di Bukit Jalil esok.  Menurut Khairy, Pahang sepatutnya tidak mendapat tiket lebih daripada 30,000 iaitu merujuk kepada kapasiti maksimum Stadium Darulmakmur.

Walauapapun, nampaknya FAM agak cekap dalam menjatuhkan hukuman kepada pasukan-pasukan bola sepak di Malaysia, apa tidaknya, sehari selepas insiden di Kuantan, kedua-dua pasukan didenda RM100,000 dan RM20,000 oleh FAM.  Adakah FAM sekadar cekap mendenda berbanding dengan peningkatan mutu bola sepak di Malaysia.


Kelihatannya insiden di Kuantan seolah-olah sebagai isyarat bagaimana Presiden FAM dan Jawatankuasanya membuat keputusan apabila terkena batang hidung mereka sendiri!  Cukuplah FAM, siapa yang cuba anda bodohkan?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
patut presiden fam letak jawatan kerana sudah lama..
Tanpa Nama berkata…
malaysia boleh..bah

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU