APABILA SI PEMBALING KASUT JADI SANJUNGAN ..

(Wartawan Iraq membaling kasut ke arah Presiden George W. Bush)

Saya tidak pasti jika dunia telah berubah tiga ratus enam puluh darjah. Bukan bermaksud dunia kita kian terbalik. Tetapi itulah dunia, bagaimana mereka yang tidak beradab, biadab disanjung sebagai wira. Mungkin dianggap sebagai wira kerana sentimen bangsa.

Banyak sudah insiden baling kasut berlaku di seluruh dunia, wartawan Iraq Muntadar Al-Zeidi yang membaling kasut ke arah George W. Bush, ketika bekas Presiden Amerika Syarikat itu melawat Iraq pada Disember 2008, membuka mata semua pihak bagaimana kejadian seperti ini boleh menimpa seorang pemimpin negara besar dunia.

Selepas di Iraq, insiden yang sama berlaku di India pada April 2009 apabila wartawan akhbar harian berbahasa Hindi, Dainik Jagran, Jarnail Singh membaling kasutnya ke arah Menteri Dalam Negeri India, P. Chindabaram dalam satu sidang akhbar di New Delhi, kerana tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan.

Insiden baling kasut bukan hanya berlaku di negara membangun malah juga negara maju, insiden Perdana Menteri China, Wen Jiabao dibaling kasut ketika sedang menyampaikan ucapannya di Universiti Cambridge. Berlaku pada Februari 2009, insiden ini hampir sahaja membangkit rasa marah rakyat China.

Insiden terbaru ialah apabila Ketua Menteri Jammu dan Kashmir, Omar Abdullah dibaling kasut oleh seorang anggota polis semasa sambutan Hari Kemerdekaan India di ibu kota Kashmir, Srinagar pada hari Ahad lepas.

Anehnya walaupun semua pembaling kasut seolah-olah semacam direstui oleh kelompok masing-masing walaupun tidak secara berlebihan, tetapi insiden terbaru semacam mengundang persepsi baru terhadap si pembaling kasut. Ini ialah kerana Abdul Ahad Jan, anggota polis yang melemparkan kasut ke arah Ketua Menteri Kashmir, diberi sambutan sebagai seorang wira, apabila beribu-ribu orang mengunjungi rumahnya di kampung untuk mengucapkan tahniah kepada keluarganya. Akhbar-akhbar utama di India juga menyiarkan gambar muka depan yang menunjukkan insiden tersebut.

Sambutan di rumah Abdul Ahad Jan menjangkau waktu malam sehingga ke pagi esoknya. Walauapapun kita masih bertanya apakah tuntutan boleh mengenepikan adab sebagai seorang insan terhadap insan yang lain apatah lagi kepada seorang pemimpin. Bukankah kasut dianggap sebagai sesuatu yang taboo atau sial. Hidup Ahad Jan!


Ulasan

saha berkata…
si pembaling kasut pun jadi selebriti ..dunia dunia..
wanman68 berkata…
PERBUATAN INI MELAMBANGKAN ORANG YANG KENA BALING TU LEBIH TERUK ADABNYA DAN LEBIH HINA DARI KASUT.
SENDIRI FIKIR LE...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU