APA PUNYA BANGANG!

Terkejut, itulah reaksi pertama saya selepas menonton siaran Buletin Utama mengenai bagaimana murkanya DYMM Sultan Selangor terhadap tindakan sebuah surau membenarkan seorang YB yang bukan Islam menyampaikan ‘tazkirah’ kepada umat Islam, masyaAllah bala apa ini? Sesuailah dengan tajuk entri ini (saya malu untuk mengulangnya).

Memang wajar pun DYMM Sultan Selangor berasa murka dengan tindakan biadap ini. Saya tidak akan memarahi si YB bukan Islam yang bertindak menyampaikan ‘tazkirah’ itu, tetapi merasa terkilan dan kecewa dengan sikap umat Islam malah kepada Jawatankuasa Surau Al-Huda, Kajang Sentral yang membenarkan beliau berbuat demikian. Apalah bengapnya AJK Surau ini. Bukankan itu perkara asas yang boleh difikirkan oleh hatta kanak-kanak Islam sekalipun, tak mungkin AJK surau yang begitu akur dengan hukum hakam Islam boleh memberi kebenaran sedemikian.

Jika benarlah laporan bahawa si YB tadi menyampaikan ‘tazkirah’nya di ruang solat utama dalam keadaan tidak bertudung (bukankah melawat ke Masjid Negara atau Masjid Putrajaya sekalipun pelawat bukan Islam diwajibkan menutup kepala dan memakai jubah) malah sudah tentu dalam keadaan berhadas besar!

Dalam hal ini saya sedikit pun tidak menyalahkan si YB tadi memandangkan sebagai seorang bukan Islam dan seorang pemimpin beliau pasti tahu batasnya tetapi apabila keizinan diberikan oleh AJK Surau, maka tentulah si pemimpin ini terus sahaja merebut peluang untuk sekurang-kurangnya tindakannya boleh direkodkan ke dalam Buku Rekod Malaysia sebagai seorang yang bukan Islam berada dalam sebuah ruang solat utama, pedulilah surau pun surau lah!

Saya juga pernah mendengar ura-ura sebuah Masjid di USJ yang bercadang menjemput Ahli Parlimennya ke majlis berbuka puasa, Ahli Parlimen wanitanya yang bukan beragama Islam akan dijemput dalam satu majlis berbuka puasa, jika ini berlaku saya merasakan amat tidak wajar, mungkin lebih afdal jika Ahli Parlimen tersebut dijemput ketika Majls Sambutan Aidil Fitri berbanding majlis berbuka puasa!

Kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) sewajarnya menilai semua perlantikan AJK surau seumpama itu bagi mengurangkan aib dan kebiadapan orang bukan Islam terhadap agama suci Allah. Kepada AJK surau berkenaan, sewajarnya mengambil tanggungjawab dan meletakkan jawatan secara terhormat. Sebagai warga daerah Kajang, saya merasa amat malu dan terhina dengan tindakan ‘bangang’ AJK surau berkenaan.

Nota kaki: Tengok lama-lama lawa jugak si minah ni, nak syorkanlah jemput kat surau aku pulak nanti nak bagi slot ‘tazkirah’ 1 jam, siap sampaikan sumbangan, boleh!

Ulasan

sarip dol berkata…
patutnya ajk surau tu dipecat sbb kebangangan mereka..
anep berkata…
sebenarnya ruang disediakan oleh orag Islam utk bukan islam menghina kita..
siti berkata…
Salam tuan, ini betul2 punya marah ni..sedih jugak kerana sikap AJK sedemikian..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU