ADAB BERGURU

Gambar dari akhbar The Star - http://thestar.com.my benar-benar menyentuh naluri saya! Saya sedikit tersentuh melihat foto jaguh badminton dunia, Datuk Lee Chong Wei dan teman wanitanya pemain beregu negara Wong Mew Choo mengunjungi jurulatih badminton negara Datuk Misbun Sidek yang terlantar sakit di Hospital Tawakal. Saya teringat kisah isteri saya, seorang guru ketika mengajar di sebuah sekolah menengah di ibu kota beberapa ketika dahlulu, ialah bagaimana pelajar-pelajar bukan Islam khususnya dari kaum China begitu menghormati guru-guru mereka dan ironisnya pelajar-pelajar Islam pula menjadi ‘bongkak’ selepas mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan seolah-olah kejayaan mereka itu adalah kejayaan total mereka. Pelajar-pelajar bukan Islam pula akan terus menghormati guru-guru mereka walaupun isteri saya telah tidak lagi mengajar mereka, rasa hormat sentiasa terpahat dalam diri mereka. Saya amat yakin, semua agama di dunia menyenaraikan hormat kepada ibu bapa, guru dan orang-o...