SIFAR SUBSIDI KAYA, PRAKTIKAL KE?
Awal bulan ini, minyak RON95 dinaikkan harga sebanyak RM0.20, maaf bukan dinaikkan harga cuma dikurangkan subsidi sebanyak RM0.20 maka harganya distrukturkan semula kepada RM2.30 seliter. Khabarnya bermula Jun 2015 dua bulan selepas pelaksanaan GST, golongan berpendapatan tinggi perlu membeli bahan bakar RON95 pada harga pasaran dunia dan tiada lagi subsidi oleh kerajaan untuk mereka. Ini berikutan langkah kerajaan untuk melaksanakan sifar subsidi bagi petrol RON95 kepada golongan kaya. Kelihatannya mudah, tetapi apakah takrif kaya dan miskin, pendapatan tinggi dan rendah. Semuanya adalah subjektif. Tidak pasti apakah penanda aras yang digunapakai untuk menentukan pendapatan untuk menikmati petrol bersubsidi manakala yang lain pula terhukum dengan subsidi sifar. Adakah semata-mata dengan merujuk kepada slip gaji seperti yang dilakukan untuk menentukan penerima BR1M, atau adakah kesemua penerima BR1M layak secara automatik. Jika itulah penanda aras ...