FAM, CUKUPLAH SIAPA YANG ANDA CUBA BODOHKAN?
Pedulilah jika saya sudah lama tidak begitu akrab dengan liga bola sepak tempatan, walaupun entri di sini pernah beberapa kali menulis tentang kemelut dan nasib sukan bola sepak negara, namun tiada sangat perubahan dalam mutu apatah lagi kepimpinan yang tidak banyak terkesan daripada pelbagai rungutan dan sungutan peminat sukan bola sepak di negara kita. Insiden di negeri Presiden FAM sendiri amat memalukan, yang lebih memalukan adalah keputusan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan yang begitu ghairah untuk menjatuhkan hukuman kepada kedua-dua pasukan, dan agihan tiket yang dianggap oleh banyak pihak sebagai berat sebelah. Apa tidaknya, Pahang yang gagal menjadi tuan rumah yang baik, sekali lagi mendapat peluang menjadi tuan rumah apabila perlawanan diadakan di Stadium Bukit Jalil pada esok hari. Yang lebih menghairankan adalah tindakan FAM yang berkiblat kepada statut mereka yang jelas menampakkan ketidak adilan kepada pasukan lawannya. Johor Darul Takzim yang menjadi ...