PENGETUA SEKOLAH BUTA PERPADUAN?

Saya telah menghabiskan sebelas tahun alam persekolahan saya dan setahun di sebuah kolej yang dinamakan sempena Bapa Kemerdekaan kita. Sepanjang alam persekolahan saya sama ada di di SJK (I) Tanjung Karang kini telah ditukar nama kepada SK Seri Desa, di SMJK (I) Tanjung Karang yang kini dikenali dengan nama SMK Seri Desa dan kemudiannya melanjutkan pelajaran ke Sekolah Sultan Abdul Aziz Shah, Kuala Selangor, saya mempunyai ramai kawan dari pelbagai kaum. Malah kami tidak pernah berfikiran perkauman dalam apa jua tindak tanduk kami.

Beberapa ketika dahulu Datuk Nasir Safar yang merupakan Pegawai Khas Perdana Menteri telah meletakkan jawatan kerana dikatakan telah mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman ketika menyampaikan ceramah dalam satu seminar mengenai konsep 1Malaysia. Walaupun episod tersebut telah memaksa seorang pegawai Perdana Menteri yang begitu komited dan dedikasi namun tafisran umum khususnya kaum India dan Cina memang terluka kerana kenyataan beliau. Bayangkan jika dalam sebuah ceramah yang dihadiri oleh rakyat biasa dari pelbagai kaum kenyataan: 'orang India pengemis dan orang Cina pelacur.', walau diucapkan dalam nada apa sekali pun tentulah mengguris hati mereka.

Kini, beberapa hari lalu ketika melancarkanMajlis Pelancaran Bulan Kemerdekaan pada 12 Ogos 2010 di sebuah sekolah Menengah oleh seorang Pengetua, yang didakwa telah melabelkan kaum bukan Melayu sebagai ‘penumpang’ di negara ini malah mengunjurkan pelajar-pelajar bukan Melayu belajar di sekolah Cina atau pulang ke negara Cina. Bukankah, seorang Pengetua yang diamanahkan untuk meneterjemahkan Falsafah Pendidikan Negara, memahami aspirasi Kerajaan, telah sedia menghadam konsep dan gagasan 1Malaysia boleh membuat unjuran yang dianggap menyinggung seperti ini.


Lebih 17 buah laporan polis telah dibuat setakat ini dan pihak polis masih menjalankan penyiasatan. Soalnya adakah Kementerian Pelajaran akan mengambil tindakan sewajarnya mengenai perkara ini. Ketika Perdana Menteri bertungkus lumus menyakinkan masyarakat bukan Melayu tentang sikap dan pendirian Kerajaan yang jelas berpaksikan perlembagaan dan kesamarataan sejajar dengan konsep 1 Malaysia, manusia seperti pengetua sekolah tersebut adalah orang terakhir yang mahu didengari oleh Perdana Menteri.

Selaku seorang pentadbir dan Pengetua, tindak tanduk Puan Hajah Siti Inshah bt Mastor, Pengetua SMK Tunku Abdul Rahman Putera, Kulai Jaya sebenarnya amat memalukan profession keguruan!

Jika Datuk Nasir Safar telah meletakkan jawatan kerana kenyataannya, sepatutnya Kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap Pengetua sekolah terbabit.

Ulasan

sarip dol berkata…
pengetua tu sakit jiwa kot...
sarip dol berkata…
patutnya pengetua tu letak jawatan aja..lpas jadi cleaner kat sekolah ..
Unknown berkata…
Keja cleaner pun di sanjung lebih tinggi daripada pengetua yang mental....
SIS berkata…
guru besar tu saja cari nahas...
Tanpa Nama berkata…
support hajah kerana berani memperjuangkan hak org melayu..
hidup hajah forever...
Tanpa Nama berkata…
" Kamu diibarat lebih sudu dari kuah.Tak tahu cerita sebenar jangan banyak cakap.Kamu lebih mengeruhkan keadaan.Sepatutnya kamu beri penjelasan sebenar kepada budak-budak sekolah yang tak faham maksud sebenar apa yang dicakap oleh pengetua mereka.Wahai budak-budak sekolah,lain kali kalau cikgu cakap dengar betul-betul, fahamkan.Tak faham tanya, bukan cerita atau tanya pada orang yang tak ada dalam perhimpunan sebab di luar sana macam-macam ragam manusia".Kita serahkan pada jawatankuasa siasatan negara.
DhiyaKeyla berkata…
Maaf ya. Saya salah seorang pelajar di sekolah itu dan saya juga ada semasa perhimpunan itu berlangsung . Bukan nak cakap apa, tapi inilah masalah orang zaman sekarang , bukan nak memahami dulu maksud yg disampaikan dengan lebih mendalam tetapi terus bercerita kepada org luar yang tidak mendengar sendiri apa yang diucapkan . FAHAMI DULU BARU ANDA AKAN SEDAR APA MAKSUD TERSIRAT YANG BELIAU INGIN SAMPAIKAN KEPADA PELAJAR PELAJAR YANG BERSIKAP BIADAB TERHADAP GURU SENDIRI. SEKIAN .

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?