MALAYSIA TIDAK PERLU NAMEWEE YANG BIADAP …


Pedulilah jika pun dia kreatif, tetapi apabila kreatif diadun dengan sikap biadap dan bongkak, maka negara tidak perlukan rakyat sedemikian. Kisahnya bagaimana Wee Meng Chee atau julukan Namewee mengubah senikata lagu Negaraku kepada Negarakuku, malah mencemuh Kerajaan, Perdana Menteri dan Polis DiRaja Malaysia.

Terbaru si Namewee menerbitkan klip video berunsur perkauman yang berjudul Namewee F*** Racism Malaysia Nah!!! selepas mencetuskan kemarahan rakyat dengan klip video berjudul Negarakuku sebelum ini.

Ketika insiden dua tahun lepas, pemuda ini mohon dimaafkan malah pelbagai pertubuhan dan pemimpin kaum Cina yang memohon baginya dengan alasan untuk memberikannya peluang kedua. Kini beliau kembali dengan video klip yang memualkan kononnya untuk menarik perhatian ramai mengenai sikap anti perkaumannya! Malah jika itulah sahaja kreativiti yang mampu dilahirkan setelah bertahun mengaji di sebuah universiti di Taiwan, amat malanglah baginya. Sebenarnya banyak lagi cara bagi membolehkan mesej anti perkaumannya disampaikan tanpa menguris atau memperlekeh mana-mana pihak atau Kerajaan pun.

Jika Namewee biadap, ini ialah kerana dia juga memperlekehkan ibadah puasa yang ketika umat Islam di seluruh dunia menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadan yang suci ini. Maka amatlah wajar pihak berkuasa menjalankan penyiasatan menyeluruh mengenai motif penghasilan video klip ini. Sebenarnya negara seperti Malaysia tidak perlu seorang Namewee yang biadap!

Ulasan

sarip dol berkata…
mmg biadap jika dia berani mempelekh ibadah puasa..
SIS berkata…
namewee tu mmg tak layak pun jadi warga malaysia...tindakan patut diambil terhadapnya..tiada maaf bagi mu...mmg biadap...
wanman68 berkata…
patutnya dari dulu lagi jangan bagi balik malaysia. duduk je kat taiwan tu..inilah contoh orang bengong.

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU