AMAH: UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI …


Kisah amah atau pembantu rumah khususnya dari negara jiran, Indonesia sudah sampai ke peringkat yang memualkan. Mulanya, ketika mereka berhijrah ketika sedekad yang lalu, khabarnya mereka hanya mahu keluar dari kepompong himpitan kemiskinan di negara mereka. Bayangkanlah jika pendapatan mereka bersamaan dengan nilai RM2 sehari, maka apabila mereka memilih untuk berhijrah mereka mendapat pendapatan sehingga RM10 ke RM 20 sehari termasuk tempat tinggal dan makan.

Namun apabila negara bertambah membangun di mana suami isteri memilih untuk menumpukan kepada pembinaan negara, maka tugas mengasuh anak-anak menjadi pilihan untuk diberikan kepada warga Indonesia yang berhijrah ke negara ini.

Sekitar tahun 2006 gaji pembantu rumah telah mencecah RM500 malah ada juga majikan yang membayar sehingga RM700 memandangkan pembantu rumah telah lama tinggal bersama mereka. Pembantu rumah khususnya dari Indonesia sering menimbulkan pelbagai masalah, malah kebanyakan mereka tidak terlatih berbanding pembantu rumah dari Filipina yang memang terlatih di negara mereka dan dibayar gaji yang agak tinggi sehingga mencapai RM800 sebulan.

Kisah Kerajaan Indonesia menuntut gaji sehingga RM800 untuk pembantu rumahnya menimbulkan polemik yang bukan sedikit, malah Kerajaan Indonesia juga telah membekukan kemasukan pembantu rumah mereka ke negara ini buat beberapa ketika.

Apabila Kerajaan mengumumkan penolakan cadangan gaji minimum sebanyak RM800 atas alasan bahawa pekerja di negara kita pun tidak mempunyai struktur gaji minimum, maka banyak pihak menarik nafas lega. Bayangkan gaji seorang pembantu rumah yang dibayar pada kadar sekarang di antara RM450-RM800 adalah dianggap cukup lumayan dengan pekerja sektor lain yang bergaji RM1000, ini kerana si pembantu rumah tidak memerlukan sebarang belanja tambahan, sama ada untuk makan, tempat tinggal, pengangkutan, peralatan dan sebagainya kerana semuanya disediakan oleh pihak majikan. Sebenarnya dengan gaji sebanyak ini, seorang majikan ‘membelanjakan’ hampir sekali ganda jika dihitung semua perbelanjaan tidak langsung seperti makan, tempat tinggal, pengangkutan dan sebagainya.

Kerajaan Indonesi sering membandingkan dengan gaji yang diterima oleh pembantu rumah warga negara lain yang memang diketahui terlatih malah dalam sesetengah keadaan boleh berbahasa Inggeris dengan baik.

Sepatutnya rakyat warga Indonesia yang berhijrah ke sini untuk menjadi pembantu rumah harus bersyukur kerana dapat keluar dari kepompong kemiskinan, malah mampu menghantar wang pulang ke kampung halaman untuk tujuan pendidikan anak-anak, memiliki harta sama ada tanah mahupun rumah malah ada di antara mereka mampu menghantar anak untuk meneruskan pengajian di luar negara. Bukan tidak ada cerita-cerita ngeri mengenai nasib warga Indonesia di negara ini, tetapi jika dibandingkan dengan kes-kes seumpama itu di luar negara, mereka seharusnya bersyukur sikap ramah tamah dengan bangsa serumpun mereka di Malaysia!

Gaji sebanyak itu yang diterima mereka ada kalanya lebih tinggi jika dibandingkan dengan gaji pengawal keselamatan atau pekerja am rendah (PAR) yang masih menerima purata gaji yang rendah malah terpaksa menanggung kos kehidupan yang semakin meningkat bagi menjalani kehidupan seharian.

Ulasan

leha berkata…
salam tuan, pembantu rumah warga indonesia kadang2 tidak tahu membuat kerja asas dalam rumah..
SIS berkata…
akhir2 ni ramai amah indon ni yang kerja 4 @ 5 bulan saja pastu lari ikut jantan...majikan yang teruk tanggung kerugian...dah keje pun buat sambil lewa je..sekali ketuk sekali buat...tu pun masih belum sedar diri..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?