AKHIRNYA ...


Selepas berteka-teki tentang tarikh pembubaran Parlimen dan tarikh berlangsungnya Pilihanraya Umum ke-13, kini rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi tulen boleh menarik nafas lega.

Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam sebentar tadi mengumumkan secara langsung melalui sistem televisyen mengenai pembubaran Parlimen yang telah diperkenan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong.

Pembubaran Parlimen Malaysia yang sebenarnya agak terlewat dan tidak pernah berlaku dalam sejarah kepimpinan negara apabila tarikh pembubaran melewati tarikh lima tahun daripada pilihanraya yang lalu.  Pilihanraya Umum ke -12 diadakan pada 8 Mac 2008.

 “Jika saya perdana menteri saya sudah pun mengadakan pilihanraya tahun lepas.  Semua penantian ini…sebulan, dua bulan, tiga bulan..ia tidak akan berakhir”  seperti yang diungkapkan oleh mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad semasa siding media pada 27 Mac lalu.

Ironinya, tidak pernah dalam sejarah pun sebuah DUN terbubar secara automatik seperti yang berlaku di Negeri Sembilan pada 27 Mac lalu.  Mungkin ini adalah tanda-tanda bagaimana Barisan Nasional bersedia menjadi pembangkang yang efektif.

Selepas pembubaran Parlimen pada hari ini, Ketua Menteri dan Menteri Besar pula kecuali bagi Sabah dan Sarawak akan mengadap Sultan, Raja dan Gabenor masing-masing bagi memohon pembubaran Dewan Undangan Negeri masing-masing.

Dalam pilihanraya umum yang bakal diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran, sebanyak 202 kerusi Parlimen dan 505 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) akan menjadi rebutan sebagai usaha membentuk Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri yang baru.

Apa yang menarik dalam senario menjelang PRU-13 adalah bagaimana Kerajaan meluangkan kejayaan transforamsi sama ada transformasi ekonomi, politik dan kerajaan serta mengumumkan pelbagai insentif dan imbuhan kepada pelbagai sektor dalam negara.

Yang terbaru adalah imbuhan sebanyak RM1000 kepada lebih 40,000 kakitangan PETRONAS yang merupakan mangsa terakhir ‘gula-gula politik’ kerajaan Barisan Nasional.  Sebelum ini kakitangan Telekom Malaysia, dan Pos juga menerima habuan sebanyak RM500 setiap orang.

Kepada semua ahli politik dan parti politik selamat berjuang!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
tahniah kepada ds najib akhirnya ada telor..
Tanpa Nama berkata…
parlimen dah lma bubar. Najib kata 3 april 2012 apa da ..hi hi hi...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?