14%, 15%, TIRU & CIPLAK


Kurang 24 jam tarikh penamaan calon dan pilihanraya umum kali ke-13 akan diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).  Pilihanraya yang menjadi penantian yang sangat panjang sebenarnya telah pun memasuki fasa berkempen bukan sahaja oleh Kerajaan Barisan Nasional yang memenangi pilihanraya umum lepas dengan terlepas lima buah negeri – Perak, Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan, tetapi juga oleh Pakatan Rakyat.

Namun dengan adanya ahli politik ‘katak’ dalam barisan ADUN negeri Perak, Barisan Nasional dapat merampas kembali negeri Perak, walaupun banyak pihak mempersoalkan tafsiran perundangan dalam Undang-undang Tubuh Negeri Perak. 

Kini selepas Perdana Menteri membubarkan parlimen berkuatkuasa pada 3 April yang lalu, yang mana disebut sebagai 3 April 2012, namun isu ini tidak pernah diulas oleh media arus perdana. 

Benarlah seperti yang diungkapkan oleh Hishamuddin Rais dalam salah satu sketsa ‘diri’nya, bahawa jika anda dan saya atau siapa sahaja tersasul seperti itu, ia dianggap sebagai satu ‘slip of tongue’ namun apabila sebuah ketua kerajaan yang telah memerintah sebuah negara selama lebih setengah abad, tentulah ada sesuatu yang tidak kena!

Kini selepas pembubaran parlimen, perang manifesto pula melanda negara.  Tidak pernah dalam sejarah pilihanraya umum, manifesto dibicarakan dan diberikan perhatian yang begitu hangat.

Manifesto pada kali ini diumumkan oleh Pakatan Rakyat, yang antara lain menggariskan untuk mengurangkan harga kereta melalui pengurangan cukai eksais, namun hal ini disanggah oleh para pemimpin Barisan Nasional, malah dikatakan pula akan ‘membangkrapkan’ negara, dan dalam manifesto Barisan Nasional yang dilancarkan oleh Presiden parti Barisan Nasional, salah satu yang ditawarkan adalah juga pengurangan harga kereta dengan mekanisme yang berbeza pula.

Malah dikhabarkan juga bahawa Ketua Pemuda UMNO, Sdr. Khairy Jamaluddin usaha menurunkan harga kereta akan merencatkan usaha menggalakkan rakyat menggunakan pengangkutan awam, soalnya apakah sumbangan Barisan Nasional sejak 50 tahun ini atau dalam dua PRU yang lepas untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan awam, malah pada satu ketika, kerajaan menaikkan harga minyak dengan alas an kononnya ‘wang subsidi’ yang dijimatkan akan digunakan untuk meningkatkan prestasi pengangkutan awam.

Adalah tidak manis untuk mengulas apa yang diperkatakan oleh para menteri Barisan Nasional apabila isu penurunan harga kereta oleh Pakatan Rakyat diumumkan, dan kini salah satu pengisian dalam manifesto Barisan Nasional adalah penurunan harga kereta!  Mungkin ini idea Barisan Nasional yang diciplak dan ditiru oleh Pakatan Rakyat?

Perdana Menteri pula melaungkan bahawa ‘pembangkang’ hamya menunaikan janji mereka sekitar 15%, dan Pakatan Rakyat pula mendakwa hanya 23 janji atau 14% dalam manifesto Barisan Nasional adalah yang baru, dan yang lain-lain hanyalah yang dipanjangkan daripada program  sedia ada.

Pemberian BR1M sejak tahun 2012 dan disambung pula pada tahun ini melalui BR1M 2.0, dalam manifesto BN, ia juga dimasukkan sebagai salah satu yang ‘diakujanji’ oleh BN.  Barisan Nasional menawar untuk menambahkan BR1M sedia ada daripada RM500 kepada RM1200 dan bagi yang bujang pula iakan ditambah sehingga RM600 daripada RM250 yang sedia ada.  BR1M 1 dan BR1M 2.0 telah memberikan manfaat jangka pendek kepada lebih 3.8  juta rakyat dan melibatkan hampir RM2000 juta.

Apakah yang lebih baik daripada memberikan BR1M atau yang setaraf dengannya berbanding usaha pemerintah untuk menurunkan harga minyak, tol dan harga kereta dan motosikal, serta menghapuskan PTPTN.  Ia akan bukan sahaja memberi manfaat kepada 1.2 juta penerima BR1M malah akan turut dinikmati oleh keseluruhan rakyat Malaysia!

Sama ada 14 %  atau 15 %, tiru dan ciplak, pilihanraya umum kali ke-13 akan memberikan warna yang baru kepada rakyat Malaysia untuk membuat pilihan yang tepat.  Ini kerana PRU ke-13 akan menjadi ingatan kepada seluruh rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi tulen, dengan himpunan Bersih sebanyak tiga siri, himpunan hijau dan himpuan kebangkitan rakyat di Stadium Merdeka, malah ‘tersasul’ Perdana Menteri ketika membuat pengumuman pembubaran Parlimen, permohonan maaf dan rayuan terbuka  oleh Perdana Menteri juga akan terpahat dalam sejarah perjalanan pilihanraya umum di negara kita.

Selamat berdebar untuk dipilih sebagai calon sama ada oleh Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
perang manisfesto yang berat sebelah..
Tanpa Nama berkata…
sapa tiru sapa tak penting, yang penting bee end harus diangakat utk mejadi pembangkang yng efektik..
SIS berkata…
selamat memilih kpd pengundi... pilihan pemimpin ditgn kita...
SIS berkata…
pinjam kata2 tn ks..'sila buktikan anda bukan robot'...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?