SALAM AIDIL ADHA

Gambar diambil dari: http://www.breastfeedingproject.com

Salam Aidil Adha. Salam Hari Raya Korban. Salam Hari Raya Haji. Walauapapun cara pengucapannya.

Saya mengharapkan semoga Aidil Adha ini akan lebih menginsafkan diri saya untuk sentiasa menghargai pengorbanan orang-orang di sekeliling saya tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan, hubungan persaudaraan, kenalan mahupun musuh (sekiranya ada), pengkagum mahupun pengkritik (Alhamdulillah).

Aidil Adha ini moga akan sentiasa menginsafkan kita semua terhadap pengorbanan semua pihak dari yang kita kenali sehingga yang tidak pernah kita temui (mungkin doa-doa orang jauh, doa-doa orang Islam kepada Islam yang lain). Seperti Obama berkorban untuk menempuh halangan ke persada kepimpinan di Rumah Putih atau Osama yang terus berkorban demi memastikan Islam terus bermaruah! Walauapapun, Selamat Menyambut Aidil Adha dan Selamat Menjalani Ibadah Korban.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Assallamualaikum tuan sakat, saya terharu dengan gambar pilihan yang mengiringi tulisan ini:apa rasionalnya - mgkin untuk kita menghargai pengorbanan ibu. Terharu dan terkedu. Saya masih menyimpan hasrat utk bertemu dengan tuan. Saya graduan IPTA tempatan dlm bidang Syariah.Dengan rendah hati, sayan memohon Izinkan saya mengenali tuan. Terima kasih atas ingatan Salam Aidil Adha. Maaf Zahir dan Batin.
Tanpa Nama berkata…
Aslmkum tuan, kagum saya dengan naluri bawah sedar tuan. teruskan usaha menginsaf..
Tanpa Nama berkata…
Salam Aidil Adha juga untuk tuan..moga pengorbanan kita semua dirahmati Allah SWT
Tanpa Nama berkata…
X nampak apa kaitan gambar 2 ngan tulisan aidil adha. Mgkin aku x cukup ilmu utk menafsir kot. T kasih.
Tanpa Nama berkata…
Salam aidil adha. Saya terserempak dgan blog tuan secara tdak snegaja. tahniah atas komen2 sosial yg menarik, teruskan tuan.
Tanpa Nama berkata…
salam tuan. kagum dgn pilihan gambar yg mengiringi tulisan ini.adakah gambar dgunakan utk penegasan artikel yg biasa (salam aidil adha) ..thaniah..
Tanpa Nama berkata…
Pengorbanan seorang ibu..atau tanggungjawab seorang ibu...adakah anak itu mampu berkorban & bertanggungjawap sebagaimana seorang ibu..Selamat berkorban..terkorban..demi pengorbanan seorang ibu..Salam Aidil Adha kepada semua peminat blog KS terutama tuan KS..
Tanpa Nama berkata…
syabas kerana keunikan tuan..sy percaya sifat pembaca tuan..mmpu mnarik sy ke KS..tahniah..
Tanpa Nama berkata…
mmg x sangka apa relevannya gambar ibu nyusu ngan salam aidil adha..rupanya bkn ke aidil adha raya korban..cayalah..tuan..moga tuan akan sentiasa dilimpahi ilham berblog..Amin..
Tanpa Nama berkata…
Masyallah..dlmnya makna..dah la aku x raya ngan mak aku tahun ni..bisa bisa..tahniah tuan..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU