KHABAR DARI MERSING

Minggu lepas, 1 - 3 Disember, saya telah berkesempatan melakukan lawatan kerja dan peribadi ke Mersing. Selain melawat pusat-pusat pendidikan di daerah ini antaranya: MRSM Mersing, Institut Latihan Perindustrian Mersing (ILP) dan sekolah-sekolah di sekitarnya di samping Pejabat Pelajaran Daerah Mersing saya juga berkesempatan melawat tempat-tempat menarik sekitar daerah Mersing.

Pusat Pumuliharaan Burung Kuang merupakan satu projek yang memfokuskan kepada pembiakan spesis burung kuang. Terdapat lima jenis burung kuang yang dibiakkan di sini iaitu: Kuang Raya, Merah Mata, Merak Pongsu, Ayam Pegar dan Merak Hijau.


Sungguhpun Pusat ini ditutup kepada umum pada masa ini khususnya pada awal Disember kerana proses pengeraman burung-burung kuang yang akan terganggu. Namun, banyak maklumat disampaikan oleh para petugas di pusat ini mengenai habitat ini. Terima kasih kepada semua petugas khususnya En. Fauzi.

Mersing memang terkenal dengan pantai-pantainya yang indah. Pantai Air Papan yang sering menjadi tarikan para pengunjung tidak gagal menggamit kerinduan saya terhadap pantai walaupun lebih 15 KM dari bandar Mersing.


(Pantai Air Papan - 15 KM dari Bandar Mersing)

Di samping menyelusuri Bandar Mersing, saya juga berkesempatan mengunjungi pekan kecil Jemaluang, tetapi yang lebih memeranjatkan saya ialah pemandangan satu projek terbengkalai di kiri jalan dalam perjalanan ke pekan Jemaluang. Malah tinjauan saya, ini ialah Projek Perumah Polis Mersing dan telah beberapa ketika terbengkalai atau masih tidak digunakan. Mungkin ada sesiapa yang nak jawab, tolong angkat tangan!









Mersing terkenal dengan yang indah dan yang jelek tentulah tidak menyumbang, apatah lagi pada ketika YAB Perdana Menteri melaungkan penambahbaikan sistem penyampaian awam. Mungkin Menteri berkenaan patut melawat kerana tidak sampai 70 KM dari Bandar Kota Tinggi, Kuang! Kuang! Kuang!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Asslmkum tuan, tahniah kerana menyentuh mengenai prjek terbengkalai di Mersing,apakah tuan ini pengawai pendidikan ke? atau wartawan...saya masih keliru..masih berharp utk bertemu dengan tuan..InsyaAllah.
Tanpa Nama berkata…
Buat Ustazah..walau siapa pun tuan rumah KS ni..yang pastinya dia banyak menyumbang kepada pemikiran yang kritis..tak kenal pun tak pe asal kenal tulisannya...Hidup KS..
Tanpa Nama berkata…
apalah ko ni ustazah yg sibuk ngan penulisnya..patutnya hayati tulisannya ..idup KS yang kritikal..
Tanpa Nama berkata…
penah gak smpai mersing ..dh lama dah..untung ada org cam KS sudi kongsi pengalaman perjalanan, tapi siustazah 2 kenen ke lain lak..apa la..
Tanpa Nama berkata…
Ingat kan swasta aja yg ada prjek terbengkalai, rupanya kejaan ..ooop kejaan BN pun ada gak..mgkn kena ada signboard 'Satu lagi projek terbengkalai Kerajaan BN' amacam bro..tahniah kpd tuan..
Tanpa Nama berkata…
Tuan KS ni leh jadi macam Karam Singh Waria la...
Tanpa Nama berkata…
salam tuan, x tau pun ada pusat seumpama itu..t kasih kerana menmbah ilmu melalui pengamatan tuan..teruskan usaha murni tuan..
Tanpa Nama berkata…
Sy pernah sampai Mersing..tapi sy jumpa yang cantik2 je..tapi tak tau la plak ada yang jelek..mmg betul la tuan KS leh jadi cam Karam Singh Waria..patut dapat anugerah ni.. bagi kategori Blog Kritis..Hidup KS..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU