BLOG, BLOGGER, PEMBACA, KOMENTAR = KAKI SAKAT

SIS : Tuan KS jarang jawap kpd komen2 peminat KS ..Jwpla sekurang2nya gembira gak hati peminat2 KS..

Salam kepada semua peminat/pengunjung/pembaca/komentar. Blog ini mengambil pendirian untuk tidak menjawab atau mengulas komen-komen dari peminat Kaki Sakat (sekurang-kurangnya pada masa ini) bagi mengelakkan polemik yang berpanjangan mengenai sesuatu isu, tujuan blog ini selain berkongsi pandangan ialah bagi mewujud budaya kritis dan berfikir di kalangan pengunjungnya, di samping menjadi wadah penambahbaikan kepada pihak-pihak berkenaan terhadap sesuatu isu yang dipaparkan.

Blog ini juga (sekurang-kurangnya pada masa ini) mengambil pendirian untuk tidak menapis dan menepis sebarang komentar yang diutarakan oleh pengunjung bagi membudayakan sikap bertanggungjawab - akauntabiliti. Blog ini tidak mampu menggembirakan semua pihak kerana maksud dan idea blog ini berhala tuju yang positif. Selamat menikmati! Jutaan Terima Kasih di atas sokongan semua.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Apa nyamuk la plak..bubuh la Lebah ke.. baru menyengat..anyway terima kasih kerana jawap gak persoalan saya..
Tanpa Nama berkata…
salam tuan sakat..apa mksud gambar nyamuk dlm rencana ni..saya rasa seseklai tuan harus respon kepada respon dlm ini..terutama respon dari saya..
Tanpa Nama berkata…
nyamuk? apa relevan ngan artikel ini..maaflah kurang jelas..tp pendirian yg tegas..dan jitu..
Tanpa Nama berkata…
Pernah terbaca orang yang suka makan pisang disukai oleh nyamuk kerana ada enzim yang dikeluarkan oleh orang yang suka makan pisang yang disukai oleh nyamuk.
Tanpa Nama berkata…
saya sokong 100% agar tuan tidak manapis komen dlm ni..t kash tuan.
Tanpa Nama berkata…
salam tuan sakat-blog ini menarik, teruskan!

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU