CERITA TAHUN BARU, BANK UNTA & SKALA JENGKEL


Sana sini orang sibuk menantikan tahun baru 2013 yang bakal menjelang beberapa hari lagi.  Ironinya sana sini orang tidak sibuk pula apabila menyambut kedatangan awal Muharam beberapa minggu yang lepas.  Mungkin harga yang terpaksa dibayar dalam sebuah negara yang agama rasminya ialah Islam.

Menariknya cerita menjelang sambutan tahun baru adalah perayaan sambutan itu sendiri yang dimulai dengan pelbagai program di kaca televisyen, daripada filem-filem yang dihidangkan dalam slot ‘countdown’ sehinggalah konsert siaran langsung ambang tahun baru.

Selain itu yang sering diungkitkan adalah azam tahun baru, sama ada oleh rakyat bawahan seperti saya ataupun para pemimpin di pelbagai peringkat.  Malah telah juga ada ahli-ahli politik yang ‘buta rasa’ membuat azam untuk memperbaiki majoriti dua pertiga yang bakal dimenangi oleh parti yang mereka wakili.  Mungkin akan  ada teman-teman saya yang membaca catatan ini akan gelak ‘berguling-guling’ membaca azam si ahli politik ‘buta rasa’ itu.

Dalam senario politik ‘tidak menentu’ pada hari ini, dapat membentuk majoriti mudah dua pertiga pun sudah boleh dibanggakan apatah lagi si ahli politik ‘buta rasa’ mendabik dada dengan mengatakan bahawa parti yang mereka wakilii akan menang dengan lebih selesa dan membentuk majoriti lebih daripada dua pertiga!

Ketika kita sibuk menghitung detik meraikan sambutan tahun baru 2013, pecah pula sebuah berita bagaimana Parti Sosialis Malaysia (PSM) cawangan Kajang dengan kumpulan hampir 40 orang berpiket di hadapan cawangan bank unta di Balakong membantah lelongan sebuah kediaman tanpa sebarang notis kepada pemiliknya.

Kisah rumah dilelong oleh bank bukanlah cerita yang baru, namun mungkin Bank Negara Malaysia (BNM) menganggap bahawa ini adalah urusan bank dan peminjam, namun apa yang cuba dibuktikan sebenarnya adalah pelbagai kaedah ‘kotor’ yang dilakukan oleh institusi kewangan untuk memudahkan proses ‘lelongan’, dalam kes yang digambarkan oleh PSM Kajang ialah bagaimana pemilik rumah tidak pernah menerima sebarang notis bagi maksud lelongan tersebut.

Sebenarnya kisah mengenai institusi perbankan dan kewangan negara sering disebut dan menduduki skala kejengkelan yang sangat tinggi, tanyalah rakyat atau pengguna bank sekalipun. 

Selain itu, ada pula kumpulan yang telah melancarkan mogok lapar selama 100 jam bermula jam lapan malam tadi sebagai bantahan terhadap projek-projek yang memudaratkan kesihatan awam.  Antara yang terlibat adalah empat beradik berusia 10 hingga 17 tahun.  Projek-projek yang dimaksudkan mereka adalah seperti loji nadir bumi Lynas, loji penapis minyak Pengerang, projek empangan mega Sarawak, pelombongan emas sianida di Bukit Koman, dan projek kabel ketegangan tinggi di Rawang.

Agaknya jika para pelajar ini bersekolah di sekolah kerajaan sudah pasti akan kedengaran ugutan oleh pemimpin politik supaya mereka digantung sekolah, namun semangat para pelajar ini yang dipimpin oleh ibu bapa mereka seharusnya memberikan isyarat yang jelas kepada para pemimpin khususnya dalam membuat keputusan terhadap projek-projek yang boleh memudaratkan kesihatan awam.

Seperti juga tindak tanduk institusi perbankan dan kewangan di negara ini, projek-projek yang boleh memudaratkan juga menduduki carta ‘kejengkelan’ rakyat, sesuai dengan slogan ‘rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan’!

Selamat Tahun Baru 2013!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
sy suka ungkapan bank unta..hihihi
SIS berkata…
bercerita pasal 'countdown' ni..kita tgk mlm ni konsert mana yg menjadi pilihan...sbgai negara Islam syukur kerana ada inisiatif pihak2 tertentu yg menganjurkan diambang 2013 dgn program2 solat hajat, tahlil, qiamulail dan konsert nasyid di masjid2 spt di masjid Assykirin di KLCC dan masjid Putra Putrajaya ( walaupun program kerjasama dgn bank unta di Putrajaya mendpt liputan yg amat meluas sekali..hampir setiap tiang lampu di jln ke arah Masjid Putra digantung banner progrm bank unta ini)..kdg2 kesian pada anak2 remaja yg lebih teruja untuk menghadiri konsert2 drpd ke masjid...kita yg ajar itulah yg jadi...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?