AES – AKU, ENGKAU & SAYA


Bisnes saman yang dipelopori oleh kerajaan Barisan Nasional yang berkuatkuasa sejak 23 September lalu, dikhabarkan amat lumayan.  Apa tidaknya atas nama kerjasama swasta dan kerajaan dan inisiatif pembiayaan swasta, dua buah syarikat yang sangat dibela oleh menteri yang berkaitan seolah-olah berlumba-lumba untuk mencapai Indeks Prestasi Utama (KPI) mereka.

Setakat ini lebih 10,000 saman telah dijelaskan daripada 274,000 yang dikeluarkan, mungkin ini isyarat bagaimana sistem AES sebenarnya adalah protes senyap rakyat terhadap sistem ini.

Akhir-akhir ini banyak unsur ‘dramatik’ dalam bisnes saman ini, sama seperti ‘twist’ dalam filem.  Yang terkini adalah apabila Jabatan Peguam Negara mengarahkan semua prosiding mahkamah berkaitan saman AES dibekukan.  Anehnya pembekuan ini tidak meliputi sistem operasinya, ini bermakna bahawa sistem ini akan terus beroperasi dan notis saman tetap akan dikeluarkan.

Insiden penerimaan saman dan nombor kenderaan yang tidak sama adalah satu lagi kelemahan yang kini dikesan dalam sistem AES ini.  Ini dimaklumkan dalam satu sidang akhbar oleh Ahli Parlimen Serdang Teo Nie Ching baru-baru ini.

Sebenarnya daripada peringkat awal lagi sistem AES ini telah dikesan dengan segala macam kemelut, walaupun sistem ini digunapakai secara meluas di banyak negara.  Soalnya di negara luar, pihak swasta tidak terbabit dalam sistem implementasinya dan sepenuhnya adalah oleh kerajaan sebuah negara, namun di Malaysia usaha ini seperti ‘dikawal’ oleh pihak swasta iaitu dua buah syarikat yang dianugerahkan konsesi oleh Kerajaan.

Ironinya bisnes saman Barisan Nasional ini ditentang bukan sahaja oleh pihak pembangkang malah juga oleh ahli parlimen Kerajaan yang mahukan sistem ini dihentikan serta merta bagi membolehkan kajian terperinci dilakukan.  Malah, semalam Presiden MCA menempelak Jabatan Peguam Negara yang mengarahkan semua prosiding berkaitan AES ini dibekukan.

Apa yang menarik, ketika mempertahankan implementasi sistem AES ini, dikhabarkan bahawa pihak Kementerian Pengangkutan dan Jabatan Pengangkutan Jalan telah beberapa lama mengkaji sebelum pelaksanaanyanya, mungkin yang hanya dikaji begitu ‘mendalam’ adalah bahagian masing-masing apa yang bakal diperolehi sama ada oleh syarikat konsesi mahupun oleh Kerajaan.

Sistem AES yang dikhabarkan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya di beberapa buah negara rupanya tidak mampu menyakinkan rakyat negara ini, sehingga ada pihak-pihak yang bersedia menjadi ‘budak jahat’ sekiranya diperlukan dengan berani untuk membantu pesalah yang dikesan oleh sistem AES. 
Sama seperti hasrat kerajaan melalui penswastaan sistem AES ini, si pesalah pula membentuk koloninya sendiri, Aku, Engkau & Saya!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ini bisnes kroni..sesuai ngan tajuknya,,
Tanpa Nama berkata…
AES-Anak Emas So.....dgrnya anak VVIP dlm JPJ tuh org kuat dlm BETA TEGAP...tu la pasal dema pertahankan habis-habisan..walau hakim kata tangguh..tapi hanya kata2...byk yg kena saman AES nih dah x boleh renew rdtax..kena byr saman dulu...bayangkan RM16 dpt kat sykt swasta bg setiap saman yang dikenakan...jadi isu jika org yg kena saman x byr saman...sapa nak cover byr rm16 setiap saman tuh..bknkah kerajaan yg tanggung..duit rakyat gak...sykt kroni tu duduk diam je dah dpt duit...satu lg isu kemera2 AES tu dipacak sesuka hati tanpa ada kebenaran kerjn negeri...sdgkan org lain nak pacak apa2 pun smua kena ada kelulusan...camna tuh!!!

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU