SELAMAT HARI GURU SEDUNIA


Hari ini, 5 Oktober adalah hari guru sedunia yang diraikan oleh warga pendidik di seluruh dunia.  Sambutan setiap tahunnya adalah pada hari ini sejak tahun 1994 selepas Pertubuhan Pendidikan, Saintifik & Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) membuat deklarasinya.  

Objektif sambutan hari guru sedunia adalah bagi menggerakkan sokongan kepada warga pendidik bagi memastikan keperluan generasi akan datang mampu digapai oleh warga pendidik.

Walaupun di negara kita, Hari Guru diraikan pada setiap 16 Mei, namun di peringkat antarabangsa, sambutannya adalah pada setiap 5 Oktober.  Tema bagi sambutan pada tahun ini adalah “Take A Stand For Teachers”. 

Menurut UNESCO tema ini dipilih bagi mengingatkan para birokrat dan pihak berkepentingan untuk terus mengiktiraf peranan penting warga pendidik dalam melaksanakan transformasi para pelajar di semua peringkat pendidikan.

Tambahan pula dengan dengan pengiktirafan warga pendidik pada tarikh ini saban tahun, kita dapat mengimbas kembali pengorbanan warga pendidik khususnya dalam persekitaran ekonomi dan sosial yang sukar di samping berusaha memperbaiki status professional dan kondisi melaksanakan tugas oleh semua warga pendidik.

Guru di mana-mana sering dianggap sebagai satu profesion yang mulia, walaupun terdapat juga beberapa insiden terpencil yang negatif melibatkan para guru. 

Bagi UNESCO, tema yang dipilih tahun ini membawa maksud agar warga pendidik diberikan latihan yang mencukupi, terkini di samping pembangunan kerjayan yang berterusan dan perlindungan terhadap hak sebagai seorang pendidik.  Kerjaya sebagai seorang pendidik adalah faktor terpenting perkembangan dunia persekolahan para pelajar. 

UNESCO juga seperti menyedari, bagaimana status profesion ini semakin merudum di banyak negara di dunia, justeru hari guru sedunia diraikan bukan sahaja bagi mengembalikan martabat profesion keguruan untuk manfaat generasi sekarang, malah untuk masyarakat sejagat di samping pengiktirafan terhadap peranan guru sebagai pembentuk masa hadapan.

Kepada semua warga pendidik di mana sahaja berada atau di tahap mana pun memberikan perkhidmatan keguruannya, Selamat Hari Guru Sedunia!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
ya ke tak tau pun,.
ct berkata…
terima kasih atas maklumat yg bergfuna ini, tidak ramai yang tahu..
Tanpa Nama berkata…
mengapa tdak diraikan pada 5 okt ..
ct berkata…
cantik penampilan baru..tahniah
SIS berkata…
saya tahu bila radio IKIM mewar-warkan hari guru sedunia..blog tn KS adalah yang kedua saya tahu mewar-warkannya..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?