MALAYSIA TIDAK PERLU NAMEWEE YANG BIADAP …
Pedulilah jika pun dia kreatif, tetapi apabila kreatif diadun dengan sikap biadap dan bongkak, maka negara tidak perlukan rakyat sedemikian. Kisahnya bagaimana Wee Meng Chee atau julukan Namewee mengubah senikata lagu Negaraku kepada Negarakuku, malah mencemuh Kerajaan, Perdana Menteri dan Polis DiRaja Malaysia. Terbaru si Namewee menerbitkan klip video berunsur perkauman yang berjudul Namewee F*** Racism Malaysia Nah!!! selepas mencetuskan kemarahan rakyat dengan klip video berjudul Negarakuku sebelum ini. Ketika insiden dua tahun lepas, pemuda ini mohon dimaafkan malah pelbagai pertubuhan dan pemimpin kaum Cina yang memohon baginya dengan alasan untuk memberikannya peluang kedua. Kini beliau kembali dengan video klip yang memualkan kononnya untuk menarik perhatian ramai mengenai sikap anti perkaumannya! Malah jika itulah sahaja kreativiti yang mampu dilahirkan setelah bertahun mengaji di sebuah universiti di Taiwan, amat malanglah baginya. Sebenarnya banyak lagi cara bagi...