BOLA SEPAK KITA, MARUAH KITA!

Saya bukanlah peminat nombor wahid permainan bola sepak khususnya yang melibatkan penyertaan negara ataupun pasukan tempatan. Namun begitu selepas SUKOM 98, dan hampir enam tahun selepas itu, saya berjiran dengan Kompleks Sukan Bukit Jalil, hampir semua perlawanan besar yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil akan menjadi kemestian bagi saya anak beranak. Siapa yang boleh lupa perlawanan pasukan Malaysia menentang Manchester United atau perlawanan akhir Piala Malaysia saban tahun. Malah perlawanan akhir My Team menentang Pasukan Pilihan Malaysia juga tidak terlepas dari radar tontonan kami.

Namun sejak dari anak sulong saya boleh berjalan sehingga sekarang dia berada di Tingkatan 1, seingat saya, ranking bola sepak negara sentiasa menurun jika adapun macam yoyo, kejap naik kejap turun, yang banyak adalah turunnya ranking kita.

Tulisan ini bukanlah bertujuan untuk menuding jari untuk mencari kesalahan pihak mana pun, tetapi saya amat bersimpati dengan birokrat persatuan-persatuan bola sepak kita, yang sering dirundung igauan mengenai mutu bola sepak di negara ini.

Ranking bola sepak Malaysia bagi bulan November 2008 ialah di tangga 151 naik 9 anak tangga dari kedudukan pada bulan Oktober 2008. Jiran terdekat, Singapura menduduki tangga 136 dan turun 4 anak tangga dari kedudukan bulan Oktober 2008. Rujukan: http://www.fifa.com/worldfootball/ranking/

Dalam statistik FIFA, hanya tiga rekod (kalau boleh dianggap rekod) yang tercatat dalam sejarah FIFA. Ini petikan rekod/statistik FIFA mengenai Malaysia.

Pertandingan Piala Dunia bawah 20 tahun - 1997
Pertandingan Futsal Piala Dunia - 1996
Pertandingan Bola Sepak Olimpik - 1972

Bola sepak negara bukan sahaja memerlukan suntikan kepimpinan muda yang telah pun ada melalui penglibatan antara lain seperti, Sdr. Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang kini memegang jawatan Timbalan Presiden FAM, tetapi saya amat yakin penglibatan peringkat tertinggi kepimpinan negara mampu merubah suasana dan senario bola sepak negara kita, mungkin YAB Perdana Menteri sendiri boleh diajak untuk melakukan lonjakan bagi mengembalikan maruah bola sepak negara.

Takkan kita perlukan Kementerian Bola Sepak Malaysia untuk menaikkan mutu bola sepak di negara ini. Apakah kita memerlukan seorang Senator dari kalangan ahli sukan ataupun pemain bola sepak di Dewan Negara bagi menjamin mutu bola sepak negara, mungkin YB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob – Menteri Belia & Sukan yang proaktif mampu melakukan sesuatu demi bola sepak negara. Malaysia Boleh!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Assallamualaikum tuan sakat, seorg abg sepupu saya pernah menjadi pemain bolasepak kedah,adakah tuan sakat pun kaki bola - moga mutu bolasepak kita akan melonjak,harapan yang lain ingin menemui tuan..
Tanpa Nama berkata…
salam tuan,sedih saya melihat prkmbangan bolasepak negara,apala nak jd 10 tahun lg.mgkin bebudak dh x reti main bola kot, asyik main vidio game aje..hampeh..mungkin FAM patut lakukan anjakan paradigma..Ampun Tuanku..t kasih kerana membincangkan isu ini dlam blog tuan..idup tuan sakat..
Tanpa Nama berkata…
salam tuan - saya tertarik dgn gambar yg mengiringi artikel ni..rasanya semcm mengungkap kesedihan bolasepak negara - mcm itik pulang petang..syabas dan tahniah..wlaupun ringkas ttp padat dan menyakat..
Tanpa Nama berkata…
mmg dh teruk pun mutu bolasepak kita, apa yg FAM & KJ buat,dulu ada MYTEAM..la ni dah snyap..takkan dah jadik Timbalan Presiden FAM - langsung snyp..harap KBS dpt wat sesuatu seblm parah!
Tanpa Nama berkata…
X SANGKA BETUL KITA NI LEBIH TERUK DARIPADA SINGAPURA PUN..HAMPEHLA FAM NI..APA DAH JADIK, DAH TUA X KAWIN LAGI (OOOPS tersalah track lak plak)..Syabas tuan!
Tanpa Nama berkata…
kalau udoh nengok gambor itik, tak sedor lagi..tak tau la teman nk habor mcm mana lagi..sedih teman rasanya nengok bolasepak kita..
Tanpa Nama berkata…
Komen yg biasa, tp pilihan gmbr mmg menyakat..teruskan niat murni tuan..moga akn mmbuka mata pihak2 yg berkenaan!
Tanpa Nama berkata…
Malaysia Boleh! FAM tak boleh..so tak paham-paham lagi ke..
Tanpa Nama berkata…
Itik gembo-gembo jln kedek2...samalah cam senario bolasepak kita..bila nak ada 'turning point'..KJ leh harap ke..tapi tuan KS besar lagi harapan si Ustazah tu...hahaha
Tanpa Nama berkata…
aku nak gi semayang pn leh trtangguh duk tgk nasib bolasepak kat mesia ni..apalah malang negaraku..harap jgn jd cam itik la..
Tanpa Nama berkata…
SIS 2 -sister in islam ke?X baik mmprlekeh islam yg lain..semua brtolak dari niat..ustazah mgkn ada niat yg baik trhadp pemilik blog ni..x baik prasangka dan perlekeh..nauuzubillah..sis mohon maafla dari empunya badan..
Tanpa Nama berkata…
woi usatazah, x de org tnya ada sapa2 yg main bola dlm famili ko ke..apa la.yg dok gila kat pemilik blog ni apa hal..aku ni kan ada..hahaha..kalau nak kenal ngan aku..kecik tapak tgn stadium bukit jalil aku tadahkan..huk huk..
Tanpa Nama berkata…
Wak Karim- sorry la kalau terasa..bukan niat nak perlekehkan..tapi just nak highlight kat tuan KS je..
Tanpa Nama berkata…
cam na generasi kita nk maju..sukan kita pun merudum..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU