APA KHABAR PARA IMIGRAN?

Cuba renungkan kehidupan sekeliling kita: di rumah kita mungkin ada pembantu rumah dari kalangan warga asing mungkin dari Indonesia, Filipina atau mungkin juga pembantu rumah dari Negara China.

Bila kita pergi mengisi minyak kenderaan, kita berhadapan lagi dengan pembantu jualan atau pam atendan, juga dari kalangan warga asing – mungkin Indonesia, Nepal atau Bangladesh.

Melangkah sahaja ke pejabat, hatta pejabat Perdana Menteri sekali pun, lihatlah siapa yang melakukan kerja-kerja pembersihan – mungkin dari kalangan warga Indonesia dan Bangladesh.

Bila kembali dari kerja dan melihat taman penuh dengan lalang yang meninggi, kita pun usahakan si pemotong rumput – siap dengan kad nama: YOUSOUP SULTAN – PUTUNG ROMPUT- warga Pakistan!

Apabila keluar dari pejabat untuk sesekali menjamu kari kepala ikan, kita pun mungkin menambah kantung si mamak yang menggaji pekerja-pekerja dari India pula.

Senarainya mungkin berterusan: si tukang gunting, pekerja di pasaraya besar, pekerja binaan, pekerja ladang, pelayan restoran, pelayan restoran makanan segera, jurujual produk ICT di Low Yat, dan senarai ini mungkin panjang.

Menurut statistik Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, hampir dua peratus daripada populasi dunia adalah pendatang, maknanya hampir 150 juta populasi dunia adalah pendatang atau yang berhijrah ke negara lain.

Di Malaysia sahaja (maklumat seperti pada 31 Mac 2008), pendatang asing dianggarkan berjumlah hampir dua juta orang dari lebih sepuluh buah Negara: Bangladesh, Kemboja, India, Indonesia, Myanmar, Nepal, Pakistan, Filipina, Sri Lanka, Thailand, Vietnam. Dan jika bagi setiap pendatang sah ada terdapat seorang lagi pendatang asing tanpa izin, bayangkanlah berapakah bilangan pendatang asing di negara kita.

Pada 18 Disember pada setiap tahun, Hari Imigran Antarabangsa di raikan selepas resolusi mengenainya diterima oleh Perhimpunan Agung Bangsa-bangsa Bersatu, pada tahun 1990. Pada tarikh ini setiap tahun sumbangan dan peranan pendatang diiktiraf sebagai memperkaya aspek sosial, ekonomi dan budaya merentas sesebuah negara. Melalui kerja keras, dedikasi dan kreativiti, mereka menjadi jambatan menyatukan budaya negara asal dan negara destinasi penghijrahan mereka.

Soalnya berapa lama kita mampu bertahan membangun negara dengan kebanjiran warga asing di negara kita. Peranan dan sumbangan warga asing di negara kita sukar untuk dinafikan, Kerajaan juga telah bersedia dengan perancangan jangka panjang dan bersepadu bagi meminimakan pendatang asing pada tahun-tahun mendatang. Cuba renungkan kehidupan sekeliling kita! Apa khabar para imigran?

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
Salam tuan..kadang2 tu rasa mcm bukan di negara sendiri.terutama di Chowkit ( Mini Jakarta)& Kotaraya. tapi sekiranya mereka ini tiada lumpuh gak ekonomi kita krn pasaran buruh kasar telah lama bergantung pd pendatang asing. Byk rumah terbengkalai krn byk bapak2 indon dah kena hantar balik negeri.Tapi penyumbang kepada jenayah pun kaum ni la jugak..syabas isu yang bagus..
Tanpa Nama berkata…
salam tuan ..t kasih krana prihatin tntg kebanjiran imgran dinegara kita..sbnrnya saya penah menjadi mangsa ragut warga asing..bgaimana boleh sy hubungi tuan..
Tanpa Nama berkata…
salam x sngka lak ada gak ari untuk pendatang..t kasih kerana memaklumkan maklumat ini..
bungaraya berkata…
Kalau nasib tak baik, kita boleh diserang stroke dan baring dengan mati sebelah jasad. Berak kencing kita dibersihkan saban hari oleh pembantu dari Filipina maupun Indonesia. Kita sebenarnya mudah menerima dua pendatang ini kerana mereka seagama dengan kita.
Apa sebenarnya yang kita kehendaki dalam kehidupan kita ini?
Saya sendiri sebenarnya mempunyai 15 orang terdiri dari ayah, ibu dan anak mereka menjadi keluarga angkat sejak 20 tahun yang lalu. Asal mereka dari Zamboanga, Filipina. Kini semuanya warganegara Malaysia. Ada yang telah menjadi askar Malaysia ( Komando), ada yang telah masuk Universiti. Dsbnya. Tahu apa saya raya. Sayalah yang paling bahagia atas muka bumi allah ini. Allahu alam.
Tanpa Nama berkata…
kita x mgkin leh idup tanpa pendatang..sbb graduan kita lesu,org muda kita mana mau keja cam yg dibuat pendatang 2..isunya ialah kawalan dan pemantauan..tahniah kerana highlight isu ini..
Tanpa Nama berkata…
salam..kdg rakyat kita jg harus dipersalahkan, sbb ramai dr merka memilih kerja dan ramai pula yg semcam tuan..tiada nilai kemanuasiaan sesama insan..tahniah kerana isu ini..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU