50 DAYS


Kulit buku 50 Days

Marina Mahathir dengan teman-teman blogger: Minaq Jinggo (minaq-jinggo.fotopages.com) &
Engku Emran (eeblog08.blogspot.com) ketika menghadiri Himpunan 100 Hari Para Bloggers - July 2008


Tiba-tiba sahaja kisah penswastaan Institut Jantung Negara (IJN) menjadi senyap dengan kenyataan YAB Timbalan Perdana Menteri untuk menangguhkan penswastaannya.

50 Days sebuah kisah bagaimana seorang anak menjadi penghubung mengenai kesihatan seorang bapa yang menjalani pintasan jantung buat kali kedua. Menariknya bapa tersebut adalah YABhg. Tun Dr. Mahathir Mohamed, bekas Perdana Menteri yang kita kasihi.

Marina Mahathir lewat blognya http://rantingsbymm.blogspot.com/ yang bermula dengan posting pertama pada 5 Disember 2006, telah secara bijaksana menggunakan blognya untuk berkongsi maklumat mutakhir mengenai keadaan kesihatan ayahnya kepada seluruh rakyat Malaysia dan juga dunia.

Sesuai dengan judulnya 50 Days – ialah himpunan catatan selama 50 hari Tun Dr. Mahathir berada di IJN bermula dari 2 September 2007 sehingga 25 Oktober 2007, dengan posting pertama pada hari keesokkannya. Mengimbangi keperluan untuk memberi maklumat terkini kepada rakyat Malaysia, teman-teman dan kenalan, di samping menghormati maklumat-maklumat sulit di IJN, Marina Mahathir lewat 50 Days berjaya memberi gambaran sebagai sebuah agensi ‘perhubungan awam’ yang boleh diyakini! Sungguhpun 50 Days tidak menyertakan komen-komen para pengunjung blognya kerana hambatan ruang dan keizinan, buku ini berjaya menyelami hubungan istimewa seorang anak dan ayahnya.

50 Days terbitan Zi Publications – http://www.zipublications.com.my/ bakal berada di kedai-kedai buku hujung minggu ini dengan pelancaran dan sesi bertemu penulisnya bakal berlangsung sekitar Januari dan Februari 2009. Buku ini berharga RM19.50, begitu berpadanan untuk menghayatinya.

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
salam tuan-produktifnya tuan sakat, hari ini sahaja ada 3 catatan!Insyallah saya akan dptkan buku 50 days,adakah tuan terlibat dengan dunia penerbitan juga?Ramai teman2 saya dh jatuh 'cinta' dgn blog ini-ada kelainan..teruskan.
Tanpa Nama berkata…
salam..jatuh cinta dengan dgn blog ni tak pe la...ni asyik kenen kat tuan rumah je sebelum ni...
Tanpa Nama berkata…
salam tuan ks..Tun bukan sekadar pemimpin hebat..beliau juga ayah yang bagus...
Tanpa Nama berkata…
betulkah tuan dah memiliki buku 50 days tu..sbb katanya akan ada dipasaran hujung mingggu..musykil..
Tanpa Nama berkata…
saya agak sebnrnya tuan sakat terlibat dgn dunia perbukuan, jadi tdak mustahil tuan ks mendpt buku lebih awal dari kedai buku pun..
Tanpa Nama berkata…
Salam..tn ks ni proaktif..dia akan tahu dulu sebelum org lain tahu..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

SELAMAT BERANGKAT KE NEGERI ABADI, SAUDARAKU