MENGAPA DAP JADI PILIHAN?

Ketika Sasterawan Negara Datuk A Samad Said yang lebih dikenali sebagai aktivis memilih untuk berparti saya agak terperanjat.  Apa tidaknya, dengan usianya tentulah diharapkan Sasterawan Negara yang lebih mesra dengan panggilan Pak Samad untuk kekal sebagai aktivis.  Namun apabila Pak Samad memilih menyertai DAP saya tidak terperanjat.

Detik bersejarah SN A Samad Said sertai parti DAP - Gambar ihsan FB Madrasah Seni
Walaupun Pak Samad sering dilabel sebagai pro-pembangkang namun memilih DAP berbanding dua lagi rakan dalam Pakatan bukanlah sesuatu yang memeranjatkan, sekurang-kurangnya kepada diri saya.

Saya secara peribadi sangat-sangat bersetuju dengan pemilihan Pak Samad dengan DAP dan bukannya PAS mahupun PKR.  Jika Anwar Ibrahim masih di luar, mungkin hal ini tidak akan berlaku, namun kerana tiada siapa yang boleh Pak Samad meluahkan ‘kegelisahan politiknya’ maka amatlah tepat beliau memilih DAP.  Lagipun Pengerusi DAP, Lim Kit Siang dan Pak Samad dalam kategori usia yang tidak jauh jurangnya.   

Mungkin saya agak keterlaluan melabel dua buah parti dan sekutu dalam Pakatan ‘sebagai kurang adab meladeni karenah insan seperti Pak Samad’ baik parti yang mempunyai label Islamnya mahupun yang bersengkang mata menegakkan keadilan!

Maka apabila Pak Samad memilih untuk bersama DAP ‘setelah lama memerhati’ maka ianya adalah satu kemenangan moral buat DAP.

Kurang daripada dua minggu pecah pula berita seorang ahli parti di peringkat Pemuda PAS menyertai DAP di samping seorang reformis tegar yang sering dikaitkan dengan parti Keadilan. 

Sheikh Omar Ali, mantan pemimpin pemuda PAS dan Norazimah Mohamad Noor menyertai DAP semalam.  Dipercayai akan ada lebih ramai para pemimpin yang akan menyertai DAP walaupun parti tersebut sering dikaitkan dengan masyarakat Cina.

Sebelum ini DAP berjaya menarik banyak wanita muda Melayu menyertai mereka.  Antaranya adalah Dyana Sofea, Melati Rahim dan Rara.  Mungkin pertanyaan seperti yang dilontarkan oleh seniman-budayawan, Dinsman:

 “A Samad Said seorang Seniman, Sasterawan, Budayawan.  Ketika usianya 83 dia tiba2 memilih untuk menyertai parti politik, demi memudahkan dia berbakti kepada rakyat dan kemanusiaan.  Parti yang dipilihnya ialah DAP.  Mengapa?  Tentu ada sebab2nya yg wajar berdasarkan pemerhatiannya, pengalamannya, dan kebijaksanaannya.  Maka wajarlah para pemimpin politik, khasnya KeAdilan, memikirkan hal ini”

Orang seperti Pak Samad bukanlah jenis yang mementingkan apa yang material, namun yang lebih penting adalah pengiktirafan insani, kerana seperti yang diungkapkan sendiri olehnya – “saya memilih untuk bermula dari bawah” dalam hireaki parti.

Mungkin ini adalah masa terbaik bagi parti Keadilan dan PAS untuk mencermin diri mereka dan tindak tanduk pemimpin mereka supaya mereka tidak berputih mata bukan sahaja kehilangan para pemimpin tetapi hilang peluang untuk menyingkirkan BN. 

Kenyataan Ketua Pemuda UMNO dan BN, Khairy Jamaluddin mungkin boleh direnungkan.


“Tiga parti tidak boleh tahan lama dibandingkan dengan 13 parti yang berkepelbagaian dari segi bahasa,kaum, agama tapi kita dapat menjaga BN dengan keutuhan yang jauh lebih baik berbanding Pakatan Rakyat yang ada tiga parti tapi tidak tahan lama”.

Ulasan

SIS berkata…
Ini pertanyaan peribadi saya..kenapa Pak Samad? Adakah DAP memperjuangkan MELAYU?..saya sedikit terkilan...

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?