SALAM HARI PEKERJA!

Esok, 1 Mei, golongan pekerja di seluruh dunia akan meraikan Hari Pekerja yang disambut dihampir 80 buah negara di seluruh dunia, namun begitu terdapat juga negara di dunia meraikannya secara tidak rasmi. Di negara kita, ianya mula diraikan pada tahun 1972, apabila pengumuman dibuat oleh Tun Dr. Ismail, Timbalan Perdana Menteri ketika itu. Sejak daripada itu, 1 Mei telah ditetapkan sebagai Hari Pekerja dan dianggap sebagai hari cuti umum. Di seluruh dunia, 1 Mei dianggap sebagai hari sambutan Hari Pekerja Antarabangsa, malah dalam tahun 1990an, di China, Hari Pekerja diraikan selama tiga hari, namun ianya dijadikan satu hari sejak tahun 2008. Nasib pekerja di negara kita telah jauh berubah, apabila Kerajaan menetapkan gaji minimum sebanyak RM900 di bawah Perintah Gaji Minimum 2012 yang telah diwartakan pada 16 Julai 2012. Kadar gaji minimum bagi pekerja di Semenjung Malaysia ialah sebanyak RM900 sebulan dan RM800 sebulan bagi pekerja di Sar...