BELUM REZEKI


Biar bagaimana kita cuba pun, jika belum diizinkan Allah SWT, maka akan tertangguh lagi.  Itulah ujian yang dihadapi oleh Lee Chong Wei dalam menyempurnakan misi Malaysia untuk memenangi emas pertama Sukan Olimpik.  Biar bagaimanapun harapan dan impian emas rakyat Malaysia masih belum dimakbulkan olehNya.

Memang diketahui Lee Chong Wei yang menduduki ranking ke-2 berbanding Lin Dan yang merupakan pilihan pertama dunia, tidak banyak mengatasi seterunya.  Namun doa, harapan dan impian seluruh rakyat Malaysia yang bersatu untuk mendoakan usaha Lee Chong Wei dalam misi memburu emasnya, tidak sia-sia.  Semangat juang Lee Chong Wei yang mengheret Lin Dan sehingga set ketiga sebelum kalah tipis memang patut dipuji.

Biarpun pentadbir sukan negara memulakan misi memburu emas pertama sukan Olimpik beberapa tahun yang lalu melalui program ‘Road To London’ di tambah pula pelbagai insentif yang ditawarkan kepada para atlet oleh pelbagai pihak sekiranya mampu melengkapkan misi memenangi emas di Sukan Olimpik, namun semuanya bukanlah satu yang sia-sia kerana program yang dirancang begitu teliti mampu memberikan lonjakan kepada para atlet negara.

Mungkin selepas ini, selain mengharap emas di dalam sukan badminton, tumpuan yang lebih harus diberikan kepada sukan-sukan lain yang mampu membuahkan emas.    Dengan 30 atlet mewakili lapan acara sukan daripada 27 juta rakyat Malaysia bukanlah satu angka yang selesa.  Apa yang perlu selepas ini bukanlah rentetan acara tuding jari, ini kerana persiapan negara yang begitu rapi beberapa tahun ini tiada salahnya namun apa yang dikesalkan ialah selain persiapan fizikal,persiapan mental seperti agak hambar kecuali oleh  Lee Chong Wei. Malah ada di antara atlet kita tidak mampu menyudahkan perlumbaan, misalnya yang terjadi kepada atlet lumba basikal.

Jika diteliti persiapan Lee Chong Wei dan laluannya ke pusingan akhir, kelihatannya cukup sempurna di atas kertas, namun nasib dan rezeki belum menyebelahi Lee Chong Wei dan rakyat Malaysia seluruhnya. Walaupun seluruh negara berdoa untuk sesuatu ‘keajaiban’ di tambah pula imbuhan ais krim, nasi kandar dan pelbagai perkara yang ditawarkan oleh para peniaga,namun nasib Lee Chong Wei belum diubah Allah SWT.

Mungkin selepas ini persatuan dan pentabir sukan serta Kementerian Belia dan Sukan bolehlah mula merintis untuk persiapan melahirkan juara emas Olimpik di Brazil pada 2016.  Sehingga kini hanya sukan badminton sahaja yang telah menyumbang emas sejak memenangi pingat gangsa pada tahun 1992.  Apakah acara sukan yang lain tidak mampu menghampiri pingat dalam Sukan Olimpik, inilah sebenarnya yang harus menjadi cabaran dan misi semua pihak.

Kepada seluruh rakyat Malaysia dan Lee Chong Wei khususnya walaupun tidak mampu menyumbang emas untuk negara namun semua kita tahu, andalah sebenarnya HERO!

Ulasan

Tanpa Nama berkata…
belum rezeki betullah..
SIS berkata…
bangga dengan LCW..

Catatan popular daripada blog ini

ANTARA 'LEGASI' DAN 'PEWARISAN' …

BAJET POTONG POKOK

NOSTALGIA - APA ADA PADA NAMA?